Budak lemas selepas 14 jam hilang

2 Sep 2026 • 11:09 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Budak lemas selepas 14 jam hilang

KOTA KINABALU – Kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun yang hilang di Sungai Bengkoka, Pitas petang semalam ditemukan lemas hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pitas, Noor Jali Maslah berkata, mayat mangsa ditemukan penduduk kampung pada 7.36 pagi, kira-kira satu kilometer dari Pusat Kawalan Bomba (PKB).

Beliau berkata pasukan bomba kemudian membawa keluar mayat kanak-kanak itu menggunakan pengusung sebelum menyerahkannya kepada polis.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilancarkan selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.17 petang semalam berhubung kejadian lemas melibatkan lima mangsa di sungai berkenaan.

“Enam anggota BBP Pitas menjalankan operasi menggunakan bot Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menerusi kaedah pencarian di permukaan air dalam radius pencarian sejauh satu kilometer dari PKB,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam kejadian itu, seorang kanak-kanak dan remaja perempuan masing-masing berusia empat dan 14 tahun hampir lemas dan telah dihantar ke hospital, manakala dua remaja berusia 14 dan 18 tahun dilaporkan selamat.

Operasi yang turut dibantu empat anggota polis ditamatkan pada 8.25 pagi ini. – Bernama

The post Budak lemas selepas 14 jam hilang appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved