Budak maut dicampak dalam sungai: Puteri Nur Afiyah pulang ke kampung bersama bapa untuk ambil ubat

22 Sep 2026 • 7:44 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Budak maut dicampak dalam sungai: Puteri Nur Afiyah pulang ke kampung bersama bapa untuk ambil ubat
Kanak-kanak perempuan berusia lima tahun yang maut selepas dipercayai dicampak ke dalam sungai di Kampung Padang, di sini, dilaporkan pulang bersama bapanya ke Tanjung Sedili bagi mendapatkan ubat sebelum kejadian tragis itu berlaku.
Image from: Budak maut dicampak dalam sungai: Puteri Nur Afiyah pulang ke kampung bersama bapa untuk ambil ubat
Mahani menunjukkan lokasi cucunya ditemukan lemas di sungai berhampiran rumahnya di Kampung Padang, Tanjung Sedili Kota Tinggi pada Isnin.
Image from: Budak maut dicampak dalam sungai: Puteri Nur Afiyah pulang ke kampung bersama bapa untuk ambil ubat
Puteri Nur Afiyah Qalesya Mustafa, 5, maut dipercayai lemas selepas dicampakkan ke sungai oleh bapa saudaranya di Kampung Padang, Tanjung Sedili.
Image from: Budak maut dicampak dalam sungai: Puteri Nur Afiyah pulang ke kampung bersama bapa untuk ambil ubat
Suspek telah ditahan polis.

KOTA TINGGI - Kanak-kanak perempuan berusia lima tahun yang maut selepas dipercayai dicampak ke dalam sungai di Kampung Padang, di sini, dilaporkan pulang bersama bapanya ke Tanjung Sedili bagi mendapatkan ubat sebelum kejadian tragis itu berlaku.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sedili, Muszaidi Makmor, berkata mangsa pulang bersama bapanya, 40, yang menetap serta mengusahakan kedai makan di Muar.

Menurutnya, suspek turut mengikuti mereka pulang ke Tanjung Sedili sebelum dipercayai bertindak di luar jangkaan.

"Malangnya suspek yang dipercayai kurang kewarasan bertindak di luar jangkaan," katanya menerusi hantaran di Facebook.

Muszaidi berkata, beliau turut menziarahi bapa mangsa di Klinik Kesihatan Tanjung Sedili pada petang Isnin.

**media[3654827]**

Beliau pada masa sama menyampaikan rasa simpati kepada keluarga mangsa dan berharap mereka tabah menghadapi dugaan berkenaan.

"Moga keluarga ini diberikan ketabahan atas ujian yang sangat berat ini," katanya.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, seorang kanak-kanak perempuan, Puteri Nur Afiyah Qalesya Mustafa, 5,  maut dipercayai lemas selepas dicampakkan ke sungai oleh bapa saudaranya di Kampung Padang, Tanjung Sedili.

**media[3654828]**

Mengimbas kejadian, Mahani berkata, mereka sempat bersarapan bersama sebelum cucunya meminta izin untuk bermain di luar rumah.

“Puteri kemudian bermain buaian dan selepas itu saya mula tercari-cari dia. Saya tanya bapanya tetapi dia juga tak tahu.

“Saya rasa tak sedap hati lalu ajak menantu pergi ke sungai sebelum ternampak selipar Puteri atas tebing,” ujarnya.

Menurut Mahani, cucunya kemudian ditemukan dalam keadaan tertiarap di tebing sungai yang terletak kira-kira 300 meter dari rumah mereka.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman, berkata suspek ditahan selepas polis menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira 9.30 pagi.

Katanya, sebelum kejadian, suspek dipercayai mencampak mangsa ke dalam sungai sebelum mengamuk dengan membawa parang dan mengejar bapa mangsa yang berusia 40 tahun.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved