Bukan Lagi Panggil Nama, Cara Unik Guru Pilih Pelajar Untuk Jawab Soalan Guna Name Picker Buat Ramai Teruja [Video]

13 Mar 2025 • 11:45 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Pasti ramai yang masih ingat kenangan ketika zaman persekolahan pada suatu ketika dahulu.

Selain daripada momen bersama rakan, antara yang paling tidak boleh lupa adalah ketika guru memilih nama untuk menjawab soalan.

Pastinya itu menjadi detik yang mendebarkan bagi kebanyakan murid. Manakan tidak, diri sendiri mungkin boleh menjadi ‘mangsa’ untuk memberi jawapan kepada soalan tersebut.

Kebiasaannya, guru akan memilih murid dengan memanggil nama berdasarkan senarai yang ada pada tangan mereka.

Pilih Nama Murid Guna ‘Name Picker’

Namun, lain pula dengan seorang guru ini yang memanggil anak muridnya menggunakan cara unik yang tersendiri.

Menerusi video yang dikongsikan oleh guru berkenaan di TikTok @cikgoozoul, dia menggunakan cara kreatif memanggil nama murid hanya menggunakan pemilih nama atau juga dikenali sebagai ‘name picker’.

Melalui perkongsian itu, dapat dilihat guru berkenaan mempamerkan slaid pembentangan yang disambung pada skrin projektor.

Menariknya, slaid yang berlatar belakangkan warna biru siap dengan corak itu mengandungi gambar serta nama pelajarnya sendiri.

Malah, turut terdapat soalan yang mendebarkan murid seperti ‘Sudah bersedia, siapakah yang seterusnya?’

Turut kedengaran guru tersebut mengusik siapakah yang bertuah untuk menjawab soalan yang diberikan.

Akhirnya, murid bernama Nadea menjadi ‘mangsa’nya untuk menjawab soalan tersebut.

Hanya Buat Sendiri Guna Microsoft Power Point

Kongsi guru berkenaan, name picker yang digunakan hanyalah dibuat daripada Microsoft Power Point dengan cara menukar tetapan pada aplikasi tersebut.

“Name picker yang sangat menarik dan memudahkan. Budak pun seronok dan berdebar! Kredit kepada @CikguSains kerana ajar tutorial,” tulis guru itu di ruangan kapsyen.

Malah, dia turut menjelaskan kepada penonton di ruangan komen bahawa gambar muridnya diambil ketika minggu pertama sesi persekolahan dan disusun mengikut nombor.

@cikgoozoul

Name picker yang sangat menarik dan memudahkan..budak pun seronok dan berdebar..!! credit to @CikguSains kerana ajar tutorial..

♬ Happy & Positive – ZaharVips

Ramai Teruja & Minta Video Tutorial

Video yang telah mendapat lebih 933,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Mengintai ke ruangan komen, ramai yang teruja dengan cara terbaharu dan kreatif guru berkenaan ketika memanggil nama pelajar.

Malah, ada pengguna media sosial yang terdiri daripada golongan pendidik turut meminta video tutorial untuk mereka pelajari dan menggunakannya di dalam kelas.

Namun, ada segelintir warganet yang meletakkan diri di tempat murid berpendapat teknik sebegitu lebih menakutkan berbanding yang biasa.

Cara Mudah Buat Name Picker Guna Slaid Pembentangan

Hasil semakan kami di TikTok @CikguSains mendapati cara membuat name picker berkenaan sememangnya amat mudah. Caranya seperti:

  1. Buka Microsoft Power Point dan reka slaid anda mengikut rekaan yang disukai sama ada mahu meletakkan gambar atau nama murid.
  2. Tekan Transition dan pergi ke bahagian kanan, advance slide. Pada bahagian after, tukar masa menjadi 00.00.01 serta apply to all.
  3. Kemudian, pergi pada bahagian atas dan pilih slide show. Cari set up show, show options dan kemudian tick pada bahagian ‘Loop continuously until ESC’.
  4. Kemudian, pergi pada pada bahagian kanan di bawah tekan slide show dan lihatlah hasilnya nanti.

Kalau masih tidak dapat rentak lagi, boleh tonton video di bawah.

@sanasinisains

Diharapkan dapat membantu cikgu2 mendebarkan jantung murid2 #fyp #quiztime

♬ original sound – CikguSains – CikguSains

Ini antara komen pengguna TikTok:

“Wow, Idea Baru, Biasa Saya Pakai Wheels Of Names Je”

image is not available

“Tak Seronok Macam Ni, Panic Attack Ada La”

image is not available

“Tak Suka Macam Ini, Takut”

image is not available

“Guna Aplikasi Apa Buat Name Picker Tu? Boleh Kongsi?”

image is not available

“Saya Kalau Kena Macam Ini, Boleh Kena Panic Attack Terus, Lepas Tu Tak Tahu Nak Jawab Apa”

image is not available

Source: