Intel Nova Lake Dijangka Akan Hadir Dengan Cip Grafik Intel Xe3 Celestial Dan Xe4 Druid

TechnologyDigital
5 Jun 2025 • 4:16 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Siri cip pemprosesan Intel Nova Lake dijangka akan menjadi cip pemprosesan komputer Intel yang akan diperkenalkan pada penghujung tahun depan selepas Intel Phantom Lake, yang akan dilancarkan pada penghujung tahun ini.

Terkini, butiran lanjut mengenai siri cip pemprosesan Nova Lake nampaknya telahpun tertiris, dimana ia telah dikatakan bahawa ia akan tampil dengan cip pemprosesan grafik terbaru akan datang, iaitu Intel Xe3, ataupun dikenali sebagai “Celestial”.

Ini mungkin sesuatu yang sudahpun dijangka, tetapi laporan-laporan tersebut turut mengatakan bahawa Nova Lake mungkin juga akan hadir dengan sebuah lagi cip pemprosesan grafik baru, iaitu Xe4 atau dikenali sebagai “Druid”

image is not available

Cip grafik Xe3 akan digunakan untuk tujuan pemprosesan grafik berat seperti olahan grafik pada permainan video, suntingan video dan sebagainya, manakala cip Xe4 akan digunakan untuk olahan tontonan video dan media dan juga untuk menguasakan bahagian paparan skrin.

Pengagihan tugasan grafik ini bukanlah sesuatu yang baru. Ia telah diperkenalkan sejak siri cip pemprosesan Intel Meteor Lake yang menggunakan sistem agihan bertalam untuk mengurangkan penggunaan kuasa elektrik, dan telah menjadi lebih cekap dengan cip Intel Lunar Lake terbaru.

Cip pemprosesan grafik Intel Xe3 akan diperkenalkan melalui cip pemprosesan Panther Lake pada penghujung tahun ini, dan ia dijangka cip Xe3 yang akan digunakan pada Nova Lake akan dikemaskini untuk memastikan bahawa ia lebih cekap.

Buat masa ini kita masih tidak ketahui begitu banyak butiran mengenai cip pemprosesan Xe4 Druid.