Cakaplah apa sahaja yang mahu diperkatakan, saya tetap akan tidur dengan tenang – Syamim Farid

Entertainment
9 Sep 2026 • 3:00 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Cakaplah apa sahaja yang mahu diperkatakan, saya tetap akan tidur dengan tenang – Syamim Farid

PETALING JAYA: Pelakon, Toh Puan Syamim Farid enggan mengambil pusing dengan komen atau tanggapan orang ramai terhadap dirinya.

Menurut Syamim, segelintir individu begitu mudah memberikan komen seolah-olah mereka begitu maksum dan tidak pernah melakukan kesilapan.

“Lucu apabila melihat orang meninggalkan komen seolah-olah mereka itu sempurna. Cakaplah apa sahaja yang mahu diperkatakan. Orang akan sentiasa ada sesuatu untuk dikatakan,” katanya menerusi sebuah hantaran di Threads.

Enggan segala tanggapan negatif meninggalkan kesan terhadap emosi dan mentalnya, Syamim tidak mahu terlalu memikirkan penilaian, andaian mahupun perbandingan yang dibuat orang lain terhadap dirinya.

“Anda boleh bercakap, menghakimi, membuat andaian atau membandingkan. Apa sahaja yang membuatkan anda tidur lebih lena pada waktu malam. Saya tetap akan tidur dengan tenang,” tegasnya.

Bagaimanapun, Syamim tidak memperincikan sama ada luahan tersebut ditujukan kepada mana-mana individu atau berkaitan isu tertentu.

The post Cakaplah apa sahaja yang mahu diperkatakan, saya tetap akan tidur dengan tenang – Syamim Farid appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved