Cara bantu kanak-kanak fahami emosi

Family & Parenting
28 Aug 2026 • 11:13 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Cara bantu kanak-kanak fahami emosi

SETIAP orang mempunyai emosi termasuk bayi dan kanak-kanak. Golongan tersebut menyerlahkan emosi mereka dengan cara berbeza berbanding orang dewasa.
Misalnya apabila lapar, seseorang kanak-kanak itu mungkin akan menangis sekuat hati kepada ibu bapa mereka.

Hakikatnya, emosi itu sepatutnya dilontarkan dengan cara sepatutnya seperti meminta makanan.

Secara asasnya, belajar mengawal emosi adalah proses yang kompleks bagi kanak-kanak. Kawalan emosi memerlukan banyak kemahiran seperti perhatian, perancangan, perkembangan kognitif dan bahasa.

Menurut pakar, keupayaan menguruskan perasaan negatif bergantung pada genetik, perangai semula jadi, persekitaran tempat membesar dan faktor luar.

Bagaimanapun, ibu bapa tetap memainkan peranan penting dalam membantu kanak-kanak belajar menguruskan perasaan mereka.

Kanak-kanak yang menguruskan emosi mereka dengan baik cenderung untuk berjaya di sekolah dan bergaul dengan orang lain.

Minggu ini, K-Wanita senaraikan cara yang boleh digunakan oleh ibu bapa dan penjaga untuk mengajar kanak-kanak mengurus emosi mereka.

 

1) Mulakan lebih awal

Bayi yang cepat bertindak balas dan sukar ditenangkan lebih cenderung menghadapi masalah menguruskan emosi apabila mereka meningkat usia.

Seorang ahli psikologi di Universiti Alabama, Amerika Syarikat berkata, kanak-kanak akan mendapat manfaat daripada proses kawalan perasaan.

Ibu bapa boleh mula bercakap tentang perasaan ketika anak-anak mereka masih bayi. Tunjukkan cara watak di dalam buku atau filem berasa sedih, gembira, marah dan risau.

2) Hubungan selamat
Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang mempunyai hubungan selamat dan percaya kepada ibu bapa atau penjaga mereka boleh mengawal emosi dengan lebih baik semasa kecil.

Jika keperluan mereka tidak dipenuhi sejak kecil, ia berpotensi menyerlahkan perasaan melawan.

Justeru itu, ibu bapa perlu bersikap konsisten dan tenang bagi mengembangkan rasa sayang yang selamat kepada anak-anak.

Image from: Cara bantu kanak-kanak fahami emosi
Ibu bapa perlu mendidik anak-anak supaya mengawal emosi mereka. – Gambar hiasan

3) Bercakap dan ajar
Ajar anak-anak anda cara mengenali emosi mereka.

Namun, jangan bersusah payah untuk berbual semasa mereka sedang marah. Apabila keadaan kembali tenang, cari peluang untuk bercakap tentang perasaan dan strategi untuk menguruskannya.

Ia tidak akan difahami sepenuhnya dalam perbualan berkenaan, tetapi anda boleh meletakkan asas mengenali emosi.

4) Kekal tenang
Menunjukkan tingkah laku yang baik lebih mudah diucapkan daripada dilakukan, terutama apabila anak anda sedang mengamuk.

Jika anda hampir hilang kawalan, luangkan masa sebentar untuk tarik nafas dan bertenang, sebelum anda menangani situasi tersebut.

Masuk ke bilik lain dan kembali setelah anda lebih tenang.

Anda tidak boleh mengelak situasi tersebut, tetapi anda boleh menghindar daripada membuat reaksi impulsif.

5) Rancang pilihan
Apabila anak anda tenang, bincangkan tentang beberapa cara untuk menangani situasi sukar.

Bayangkan, mereka menolak rakan sekelas kerana berebut mainan.

Apabila keadaan tenang, bincangkan tentang pilihan berbeza yang boleh mereka buat pada masa akan datang.

Misalnya, mereka boleh memberitahu guru, meminta rakan sekelas untuk bergilir-giliran atau mencari sesuatu yang lain untuk dimainkan.

The post Cara bantu kanak-kanak fahami emosi appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved