Seorang maut, lima termasuk OKU dan tiga kanak-kanak cedera

14 Aug 2026 • 10:01 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Seorang maut, lima termasuk OKU dan tiga kanak-kanak cedera

KLUANG: Seorang wanita maut manakala lima termasuk seorang Orang Kurang Upaya (OKU) dan tiga kanak-kanak cedera selepas kenderaan dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan antara sebuah van dan lori di Kilometer 55.1, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, tengah malam tadi.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam, Pegawai Bomba Kanan II, Shoromi Salih berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kemalangan itu pada pukul 12.13 tengah malam tadi.

Sehubungan itu katanya, lima anggota bersama sebuah jentera digerakkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, didapati terdapat satu kemalangan melibatkan sebuah van jenis Toyota dan sebuah lori Isuzu dengan membabitkan seramai enam orang mangsa.

“Pemandu van iaitu seorang wanita dewasa maut, manakala lima penumpangnya cedera. Sementara itu, pemandu lori seorang lelaki dewasa tidak mengalami kecederaan.

“Mangsa yang maut dipercayai akibat tersepit telah dikeluarkan anggota menggunakan peralatan khas,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Shoromi, mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut, manakala kesemua mangsa yang cedera telah diberikan rawatan oleh petugas Kementerian Kesihatan.-UTUSAN

The post Seorang maut, lima termasuk OKU dan tiga kanak-kanak cedera appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved