Cekik rakan sekerja, bekas pekerja kilang didenda RM500

20 Aug 2026 • 2:17 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Cekik rakan sekerja, bekas pekerja kilang didenda RM500

BALIK PULAU : Seorang bekas pekerja kilang didenda RM500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah mencekik rakan sekerjanya kerana tidak berpuas hati dengan mangsa yang dikatakan lambat membuat kerja.

Tertuduh, Siti Fadzhlina Bazheer Ahamed, 42, yang masih bujang dan menanggung ibunya membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Chia Huey Ting.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap seorang wanita berusia 30 tahun dengan mencekik bahagian leher mangsa ketika berada di sebuah kilang di Kampung Jawa pada 26 Julai lalu kira-kira pukul 12.32 tengah hari.

Pendakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara setahun atau didenda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Sofi Jaafar manakala tertuduh diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Yiew De Xian.

Dalam rayuan, De Xian menyatakan bahawa anak guamnya itu telah menyesal atas perbuatan yang dilakukan dan mengakui tindakannya itu tidak sepatutnya berlaku.

Majistret ketika menjatuhkan hukuman bagaimanapun menegaskan bahawa tertuduh sepatutnya melaporkan kepada penyelia sekiranya tidak berpuas hati dengan prestasi kerja mangsa dan bukannya mengambil tindakan sendiri dengan mencekik mangsa.

Tertuduh kemudian dikenakan hukuman denda sebanyak RM500 dan mahkamah turut menetapkan hukuman tambahan iaitu penjara selama 14 hari sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan. Difahamkan, tertuduh juga telah dibuang kerja susulan kejadian itu.-UTUSAN

The post Cekik rakan sekerja, bekas pekerja kilang didenda RM500 appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved