‘Nasib baik kamu tidak cekik dia hingga mati, kalau mati…’

20 Aug 2026 • 2:39 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Nasib baik kamu tidak cekik dia hingga mati, kalau mati…’

BALIK PULAU – Gara-gara didakwa mencekik leher rakan sekerjanya, seorang wanita yang juga bekas pekerja kilang didenda RM500 oleh Mahkamah Majistret, di sini, hari ini.

Majistret, Chia Huey Ting membuat keputusan itu selepas tertuduh, Siti Fadzhlina Bazheer Ahamed, 42, mengaku salah atas pertuduhan tersebut.

Berdasarkan pertuduhan, Siti Fadzhlina didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap seorang wanita berusia 30 tahun dengan mencekik bahagian lehernya ketika berada di tempat kerja di sebuah kilang di Kampung Jawa, di sini, kira-kira pukul 12.32 tengah hari, 26 Julai lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa penjara setahun atau denda yang boleh sampai RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabat bersalah.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Sofi Jaafar manakala tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Yiew De Xian.

Dalam rayuan, De Xian memaklumkan bahawa Siti Fadzhlina menyesal atas perbuatan yang dilakukan.

Majistret ketika menjatuhkan hukuman menegaskan tertuduh sepatutnya melaporkan kepada penyelia sekiranya tidak berpuas hati dengan prestasi kerja mangsa dan bukannya mengambil tindakan sendiri dengan mencekik mangsa.

“Nasib baik kamu tidak mencekik dia sehingga menyebabkan kematian. Kalau dia mati, apa yang kamu dapat,” kata Majistret.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda RM500 terhadap tertuduh dan menetapkan hukuman penjara 14 hari sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Difahamkan, tertuduh telah membayar denda yang dikenakannya, tengah hari tadi. – KOSMO! ONLINE

The post ‘Nasib baik kamu tidak cekik dia hingga mati, kalau mati…’ appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved