CEO SoftBank Jangkakan Kecerdasan Buatan 10,000 Kali Ganda Lebih Pintar Daripada Manusia Hadir Menjelang 2035

TechnologyDigital
29 Oct 2024 • 11:03 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

CEO SoftBank, Masayoshi Son kini sekali lagi menekankan yang mana beliau percaya pembangunan model kecerdasan buatan akan mencapai tahap ASI (artificial super intelligence) menjelang tahun 2035 kelak. Pencapaian ini dijangka akan membawa model kecerdasan buatan yang 10,000 kali ganda lebih pintar daripada seseorang manusia.

Walaubagaimanapun, untuk mencapai tahap berkenaan, ia dijangka akan memerlukan pelaburan beratus bilion ringgit untuk pembangunannya. Selain itu, ia juga dijangka akan memerlukan modal dan perbelanjaan tinggi dalam arena pusat data dan juga pembangunan cip.

Masayoshi Son turut menekankan sedang mengumpulkan dana dalam membuat pelaburan seterusnya. Buat masa ini, ia tidak dikongsikan arena mana yang akan menjadi fokus, tetapi dengan pelbagai perkongsian ini, tidak mustahil pelaburan lanjutan dilakukan pada kecerdasan buatan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved