OpenAI pada minggu ini telah memperkenalkan enjin carian mereka tersendiri, dinamakan ChatGPT Search. Ia diintegrasikan terus pada ChatGPT, dan membolehkan pengguna melakukan carian masa-nyata, dan mendapatkan jawapan serta maklumat yang dicari dengan mudah.

Disamping melalui web, ChatGPT Search turut menyediakan sebuah pemalam khusus dalam memudahkan para pengguna untuk melakukan carian secara terus pada Google Chrome, tanpa perlu membuka halaman khusus.
Terbaru, melalui halaman bantuan ChatGPT, ia turut dimaklumkan yang mana pihak ChatGPT akan berkongsi pelbagai perkara berkenaan carian kepada pihak ketiga seperti Bing. Ini sekaligus memperlihatkan kerjasama OpenAI dan Microsoft masih berterusan, walaupun ChatGPT Search bersaing dengan Bing.
Pada masa yang sama, data berkenaan lokasi carian dan sebagainya juga turut akan dihimpunkan dan dikongsikan bersama penyedia ketiga ini, iaitu Bing.
ChatGPT Search buat masa ini ditawarkan untuk pengguna pelan berbayar sahaja, dan dijangka diperluaskan kepada pengguna pelan percuma tidak lama lagi.
