Cheng Hoe enggan terperangkap

13 Nov 2026 • 10:00 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Cheng Hoe enggan terperangkap

CHINA layak digelar sebagai pasukan yang penuh ‘misteri’ dan Harimau Malaya tidak boleh terpedaya dengan rekod hambar lawan itu dalam tiga aksi persahabatan sebelum ini.

Pengendali sementara Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe berkata, apa yang dilalui China dalam perlawanan lepas tidak boleh dijadikan ukuran sebenar dalam misi mendapatkan kemenangan pada perlawanan persahabatan di Stadium Zhaoqing New District Sports Centre, Guangdong, esok.

Cheng Hoe mengakui sekiranya skuad negara terlalu memikirkan prestasi semasa lawan, ia boleh menjadi perangkap dan perkara utama adalah memastikan segala perancangan pasukan tidak terjejas kerana percaya China akan tampil dengan kualiti terbaik.

“Memang kita tahu keputusan perlawanan yang lepas mereka kalah tiga perlawanan berturut-turut dan kita juga tahu, kali ini jurulatih mereka memabawa rombakan secara besar-besaran, melakukan lebih kurang 16 pertukaran pemain.

“Mana-mana jurulatih, (dalam) mana-mana perlawanan pun inginkan kemenangan juga dan kita mahu cipta sesuatu menentang China. Tetapi, kita tahu kekuatan China dengan kekuatan pasukan kita juga agak berbeza,” katanya.

Untuk rekod, Malaysia tidak pernah mengalahkan China dalam lima pertemuan terakhir menentang China sejak 2004 di mana pertemuan terakhir pada 2023 berakhir dengan keputusan seri 1-1.

The post Cheng Hoe enggan terperangkap appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved