China Masters medan ujian Tang Jie-Su Yin

29 Aug 2026 • 9:00 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: China Masters medan ujian Tang Jie-Su Yin

KEJOHANAN Badminton China Masters di Shenzhen bermula 1 hingga 6 September ini bakal menjadi medan terbaik buat beregu campuran, Chen Tang Jie-Cheng Su Yin dalam persediaan ke arah temasya Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026.

Pengarah Kejurulatihan Beregu Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky berkata, pemilihan Su Yin sebagai gandingan Tang Jie adalah disebabkan pengalaman dimiliki pemain kelahiran Alor Setar, Kedah itu.

Beliau menjelaskan, kemampuan Su Yin untuk berdepan pemain-pemain ternama dalam beberapa kejohanan besar sebelum ini berjaya meyakinkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bagi menggandingkan dia dengan Tang Jie.

“Sebenarnya boleh cakap agak sayang kerana kita hanya dapat mencuba gandingan mereka di satu kejohanan sahaja. Sepatutnya kita perlu menggandingkan mereka di Terbuka Jepun tetapi ia tidak adil untuk Jimmy (Wong).

“Kalau kita lihat dari segi pengalaman, memang Su Yin ada kelebihan itu. Kita pernah melihat Su Yin berjaya layak ke final kejohanan Super 750 bersama (Hoo) Pang Ron berdepan pemain-pemain ternama,” katanya ketika ditemui di ABM, Bukit Kiara semalam.

Sebagai rekod, Tang Jie digandingkan dengan Su Yin ke Sukan Asia memandangkan gandingan asalnya, Toh Ee Wei masih menjalani proses pemulihan kecederaan di Australia selepas mengalami kecederaan anterior cruciate ligament (ACL).

Sementara itu, Rexy juga mengesahkan Aaron Chia akan bergandingan bersama Tee Kai Wun dalam acara beregu lelaki selain mengakui, persiapan kedua-dua pemain berkenaan berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

“Untuk Sukan Asia, gandingan itu memang sudah sah dan tidak boleh ditukar, jadi Aaron akan bergandingan bersama Kai Wun. Setakat ini, persiapan berjalan baik dan harap baki masa selepas China Masters, akan bertambah baik,” ujarnya.

The post China Masters medan ujian Tang Jie-Su Yin appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved