
KUALA LUMPUR – Bukan sekadar datang menziarah, kehadiran Cik B di sebuah wad pediatrik turut mencuri perhatian apabila dia dilihat begitu mesra melayan Cik Pia dan rakan-rakannya. Momen tersebut kemudiannya dikongsikan di media sosial dan mengundang pelbagai reaksi netizen.
Menerusi perkongsian tersebut, Cik B dilihat meluangkan masa bersama Cik Pia dan beberapa rakannya ketika berada di Wad 2A Pediatrik.
Momen tersebut turut memperlihatkan Cik B bersalaman dan berinteraksi mesra dengan Cik Pia. Dalam satu babak, Cik B dilihat memegang wajah Cik Pia sambil mereka bergurau bersama.
Cik B kemudian meluahkan rasa gembira dapat bertemu Cik Pia dan rakan-rakannya.
“Alhamdulillah Cik B seronok tengok Cik Pia dengan kawan-kawan welcoming Cik B! Ada rezeki, kita jumpa lagi ya ”
Netizen Puji Sikap Cik B
Perkongsian itu turut mendapat perhatian netizen yang rata-rata memuji sikap Cik B ketika bertemu Cik Pia.
Ada yang menyifatkan Cik B sebagai seorang yang mempunyai adab yang baik, termasuk cara dia merendahkan diri ketika bersalaman.
“Suka tengok Cik B bila salam memang dia akan bow, rendahkan diri dia betul-betul…”
Seorang lagi netizen pula berseloroh mengenai keterujaan seorang pesakit lain ketika melihat Cik B.
“Yang dalam stroller baju merah tu pun excited tengok Cik B.”
Dalam pada itu, ada juga netizen yang sekadar meninggalkan komen ringkas untuk memuji Cik B.
“Bagus akhlak Cik B..”
“ Salute to Cik B”
Perkongsian berkenaan turut menerima ribuan tanda suka dan komen daripada pengguna media sosial.
Dalam perkongsian lain di Threads, seorang pengguna turut memuji adab Cik B ketika berinteraksi dengan kanak-kanak dan menyifatkan cara Cik B melayan mereka sebagai sesuatu yang menarik perhatian.
Untuk yang kurang mengenali Cik B, beliau ialah Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, anak kepada usahawan dan selebriti Datuk Seri Vida. Cik B mula dikenali menerusi media sosial sebelum mengembangkan kerjayanya dalam bidang hiburan dan turut terlibat dalam program realiti Talk To My Manager 2. – The Malaysian Update
The post Cik B Ziarah Cik Pia Di Hospital, Momen Mesra Mereka Curi Perhatian Netizen appeared first on The Malaysian Update.






