Realme berkongsi fungsi baharu dinamakan sebagai AI Edit Genie bakal diperkenalkan bersama siri Realme 15 akan datang. Ciri ini membolehkan pengguna melakukan suntingan gambar menggunakan arahan suara sekaligus menjadi satu pendekatan yang jarang ditawarkan dalam pasaran telefon pintar setakat ini.

Menurut maklumat yang dikongsikan oleh Realme sendiri, pengguna boleh memberi arahan seperti lembutkan kulitkan saya, tambah penuras sistematik atau buang orang di belakang untuk menyunting gambar secara terus menggunakan suara. Fungsi ini direka bagi memudahkan suntingan harian tanpa perlu menyentuh skrin terutamanya untuk pengguna yang gemar berkongsi gambar.

Realme menyatakan bahawa fokus pembangunan ini adalah untuk menyokong pelbagai cara penggunaan termasuk pencipta kandungan, pengguna mudah serta mereka yang berminat mencuba teknologi suntingan berasaskan AI. Namun begitu, butiran lanjt seperti kebolehan fungsi ini atau kepeluannya kepada sambunga internet belum didedahkan sepenuhnya.
Dari segi perkakasan, Realme 15 Pro dijangka hadir dengan pilihan memori sehingga 12GB RAM serta storan dalaman 512GB. Model Realme 15 pula mungkin ditawarkan dalam pilihan warna seperti merah jambu dan hijau. Kedua-dua model ini merupakan kesinambungan kepada siri Realme 14 yang dilancarkan sebelum ini, dan dijangka menerima naik taraf dari segi sistem kamera dan kapasiti bateri.
