‘Cop giliran guna botol air, very Malaysian’

21 Oct 2026 • 11:57 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Cop giliran guna botol air, very Malaysian’

PETALING JAYA – Gelagat orang ramai menggunakan botol air sebagai penanda giliran ketika beratur menunggu bas di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Asia Jaya mencuri perhatian netizen.

Menerusi hantaran pengguna Threads @irdinameria, situasi itu mencuit hati orang ramai yang menyifatkan tindakan berkenaan sebagai satu gelagat unik rakyat Malaysia.

“Comelnya semua beratur guna botol air. Very Malaysian (sangat rakyat Malaysia),” tulisnya.

Perkongsian itu, mengingatkan netizen kepada kebiasaan pelajar asrama menggunakan baldi untuk menandakan giliran ketika menggunakan bilik air.

“Dah macam kat asrama cop bilik air pakai baldi,” komen seorang pengguna.

“Habislah esok mesti ramai yang bawak botol air pergi work (kerja),” kata afiqajwadazmi.

“Comelnya semua tersusun je, respect (hormat) la first person (orang pertama) yang letak botol dulu then (kemudian) yang lain follow (ikut). Tak ada la orang lain potong queue (barisan),” seloroh yang lain.

Sementara itu, seorang pengguna turut mengingatkan orang ramai supaya sentiasa menjaga adab ketika beratur meskipun terpaksa menunggu lama.

“Apa sekalipun, adab nombor satu jangan potong Q (barisan)! Walau penat berdiri, kita minta botol air wakilkan berdiri,” komennya. – KOSMO! ONLINE

The post ‘Cop giliran guna botol air, very Malaysian’ appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved