Crest Builder lantik Datuk Hamzah Bachee sebagai Pengerusi Bebas Bukan Eksekutif baharu

LocalBusiness & Finance
9 Sep 2025 • 6:18 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Crest Builder lantik Datuk Hamzah Bachee sebagai Pengerusi Bebas Bukan Eksekutif baharu

image is not available

09/09/2025 - 18:18

Datuk Hamzah Bachee Oleh KAMALIZA KAMARUDDIN

KUALA LUMPUR 9 Sept – Crest Builder Holdings Berhad melantik Datuk Hamzah Bachee sebagai Pengerusi Bebas Bukan Eksekutif syarikat, berkuat kuasa pada 9 September 2025.

Hamzah, 61, membawa lebih 30 tahun pengalaman luas dalam perbankan, kewangan korporat dan pengurusan risiko.

Beliau diiktiraf kerana kepimpinan strategik dalam membangunkan dan melaksanakan rangka kerja pengurusan risiko yang komprehensif serta memacu pertumbuhan perniagaan mampan.

Crest Builder dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata, Hamzah mempunyai latar belakang kukuh dalam perbankan korporat dan komersial, risiko kredit dan risiko pasaran dan dikenali sebagai penyelesaian berorientasikan pelanggan yang mengintegrasikan prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG).

“Pada 2024, beliau diiktiraf sebagai ASEAN Risk Professional of the Year.

“Sepanjang kerjaya beliau Maybank, Hamzah memegang beberapa jawatan penting termasuk Ketua Pegawai Kredit Kumpulan (2013–2019), Timbalan Ketua Pegawai Risiko Kumpulan (2019–2023), dan Ketua Pegawai Risiko Kumpulan (2023–2024).

“Beliau berjaya meningkatkan budaya risiko Maybank melalui kawalan risiko menyeluruh dan pelaporan risiko yang lebih tersusun,” kata Crest Builder.

Dalam aspek pendidikan, Datuk Hamzah memiliki Ijazah dalam Agribisnes (Kewangan) dari Universiti Putra Malaysia, Diploma Pengurusan Perladangan dari Universiti Teknologi Mara, serta menamatkan program kepimpinan eksekutif lanjutan di Stanford University, California dan Program Pengurusan Lanjutan di IMD Business School, Lausanne.

Beliau juga memegang jawatan sebagai pengarah di beberapa syarikat awam termasuk Bank Islam Malaysia Berhad dan Dagang Nexchange Berhad.

Beliau tidak mempunyai sebarang hubungan keluarga atau konflik kepentingan dengan Crest Builder Holdings Berhad.

Selain itu, Crest Builder berkata, beliau juga tidak mempunyai kepentingan dalam sekuriti syarikat atau subsidiarinya.

“Pelantikan ini merupakan sebahagian daripada usaha Crest Builder Holdings Berhad untuk memperkukuh tadbir urus korporat dan memanfaatkan kepakaran Hamzah dalam pengurusan risiko dan pembangunan strategi perniagaan jangka panjang.

“Dengan pengalaman luas dan kepakaran dalam sektor kewangan serta pengurusan risiko, pelantikan itu diharap dapat memperkukuh kepimpinan syarikat dan menyokong pertumbuhan mampan Crest Builder Holdings Berhad pada masa akan datang,” katanya. - DagangNews.com

standard