Cuba lari polis, sisi gelap pemandu dadah terbongkar

25 Aug 2026 • 10:25 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Cuba lari polis, sisi gelap pemandu dadah terbongkar

KLANG – Cubaan seorang lelaki meloloskan diri daripada pemeriksaan polis membawa padah apabila dia ditahan selepas dikejar sejauh kira-kira empat kilometer di Jalan Persiaran Hamzah Alang, Meru, di sini, semalam.

Lebih mengejutkan, suspek berusia lingkungan 30-an yang ditahan kira-kira pukul 6.10 petang itu turut didapati positif dadah selain mempunyai rekod lampau berkaitan kesalahan sama.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Ramsay Embol berkata, ketika kejadian suspek memandu sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Alphard milik kenalannya.

Katanya, suspek bertindak memandu secara melulu sejauh kira-kira tiga hingga empat kilometer sebelum berjaya ditahan polis.

“Hasil siasatan mendapati suspek mempunyai beberapa rekod lampau berkaitan kesalahan dadah. Ujian saringan air kencing yang dijalankan terhadap suspek turut didapati positif dadah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 188 Kanun Keseksaan kerana ingkar arahan berhenti daripada pihak berkuasa dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

“Kes turut disiasat mengikut Seksyen 279 Kanun Keseksaan kerana memandu secara melulu sehingga membahayakan pengguna jalan raya lain,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Kes, Sarjan Nurul Aida Roslan, Penolong Pegawai Penyiasat Jenayah IPD Klang Utara di talian 016-5033572.

Terdahulu, tular satu klip video di aplikasi Threads memaparkan suspek ditahan polis selain menunjukkan kerosakan pada sebuah MPV polis dan sebuah kenderaan pelbagai guna.- KOSMO! ONLINE

– KOSMO! ONLINE

The post Cuba lari polis, sisi gelap pemandu dadah terbongkar appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved