Mayat pengusaha kebun disyaki dibunuh

11 Aug 2026 • 11:06 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Bunuh di ladang kelapa sawit

KUALA LANGAT: Seorang lelaki dipercayai pengusaha kebun ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri dipercayai dibunuh di sebuah ladang sawit dekat Sungai Kelambu, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd. Akmalrizal Radzi berkata, seramai lapan orang suspek ditahan susulan siasatan dan maklumat diterima pihaknya.

“Pada Ahad lalu, Cawangan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat menerima maklumat berkenaan penemuan lelaki tidak sedarkan diri kira-kira pukul 5 petang,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Tambahnya, polis kemudian membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara sehingga 40 tahun dan sekurang-kurangnya 12 sebatan jika sabit kesalahan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Bilik Gerakan IPD Kuala Langat di talian 03-31872222 bagi membantu siasatan,” ujarnya.

Sementara itu di Mahkamah Telok Datok, kesemua suspek berusia antara 20 hingga 60 tahun diperintah menjalani reman selama tujuh hari oleh Majistret Maslinda Selamat selepas permohonan dibuat di sini, hari ini. – UTUSAN

The post Mayat pengusaha kebun disyaki dibunuh appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved