Dah Habis Makan Baru Nampak, Individu Dakwa Tikus Berkeliaran Dekat Bekas Makanan Restoran [Video]

LocalFood
9 Jul 2026 • 1:13 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sebagai peniaga makanan, kebersihan merupakan antara aspek penting yang perlu dititik beratkan.

Namun entah mengapa, ada segelintir peniaga mengabaikan aspek ini yang sememangnya boleh membahayakan pelanggan.

Individu Dakwa Nampak Tikus Berkeliaran Atas Bekas Makanan Selepas Selesai Makan

Semalam (8 Julai), tular di media sosial perkongsian seorang individu mengenai kehadiran tikus di sebuah restoran yang dikunjunginya di Jalan Sultan, Kuala Lumpur berhampiran Pasar Seni.

Menerusi hantaran yang dikongsikan di Threads @yrmineeee__, dia hanya menyedari kewujudan haiwan perosak itu setelah menghabiskan makanan di premis tersebut.

Dakwa pengguna itu lagi, staf restoran pula leka bermain telefon bimbit hingga tidak sedar kedatangan haiwan berkenaan.

“Stresnya. Lepas habis makan baru nampak tikus berkeliaran dekat situ. Adoi, staf diorang pula ralik (leka) main telefon, tak tengok tikus-tikus tu. Tak tahu nak rasa apa,” tulis pengguna berkenaan.

View on Threads

Bukan 1 Tapi Ada 2 Ekor Tikus, Ada Yang Sampai Masuk Dalam Bekas Makanan

Perkara sama turut dikongsikan oleh rakannya dalam satu hantaran berasingan di Threads @lil3is.

Jelas rakan individu terbabit, mereka sememangnya tidak selesa sebaik melihat kejadian berkenaan dan berharap agar pihak pengurusan premis mengambil tindakan segera berhubung isu itu.

“Tengah siap makan, tiba-tiba saya nampak ada tikus berkeliaran berhampiran kawasan makanan.

“Sebagai pelanggan, memang rasa tak selesa. Harap pihak pengurusan ambil tindakan segera dan tingkatkan tahap kebersihan supaya perkara macam ni tak jadi,” katanya.

View on Threads

Kedua-dua individu terbabit turut berkongsi video yang memaparkan kejadian berkenaan.

Bukan hanya sekadar berkeliaran, apa yang lebih menjijikkan adalah haiwan berkenaan dilihat turut masuk ke dalam bekas makanan yang terdapat di restoran itu.

Kongsi individu terbabit kepada BuzzKini, dia serta rakannya datang berkunjung ke premis tersebut pada 8 Julai lalu jam 12.30 pagi dan selesai menikmati makanan pada jam 1.30 pagi.

Dakwanya, dia serta rakan ternampak dua ekor tikus berkeliaran pada bekas makanan namun hanya sempat merakam seekor sahaja.

Warganet Jijik Dengan Kewujudan Tikus, Gesa Individu Buat Laporan Pada Pihak Berkaitan

Perkongsian yang telah mendapat lebih 1.3 juta tontonan itu nyata mendapat perhatian pengguna media sosial.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang jijik dan geli melihat kewujudan tikus berkenaan pada bekas makanan.

Malah, majoriti mereka turut menggesa agar pengguna terbabit membuat laporan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung insiden berkenaan.

Ini kerana tikus membawa risiko dan merbahaya sekiranya tersentuh dengan makanan. Antara penyakit yang paling ditakuti adalah Kencing Tikus atau Leptospirosis.

Secara ringkasnya, makanan boleh tercemar apabila:

  1. Terdedah di kawasan dapur atau premis makanan yang tidak bersih.
  2. Disimpan dalam bekas tidak bertutup, terutamanya di tempat yang berisiko tinggi kehadiran tikus.
  3. Tikus berjalan di atas permukaan dapur, pinggan atau bekas makanan dan meninggalkan air kencing atau najis.
  4. Permukaan atau peralatan dapur tidak dibersihkan dengan sempurna.

Cara Buat Aduan Premis Kotor Kepada KKM

Mungkin ramai yang masih tidak tahu bagaimana cara untuk membuat aduan kepada KKM jika berhadapan dengan situasi sama.

Jom kami kongsikan tujuh cara mudah untuk panduan anda:

  1. Buat aduan menerusi aplikasi WhatsApp di talian 012-8484378 (sertakan sekali info seperti nama, nombor telefon, e-mel, nama dan alamat premis, keterangan aduan serta bukti seperti gambar atau video)
  2. Datang sendiri ke pejabat Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), KKM atau Pejabat Kesihatan Daerah
  3. Hubungi BKKM di talian 03-8885 0797 atau talian 1MOCC iaitu 03- 8000 8000
  4. Laporkan aduan ke laman web SISPAA
  5. Buat aduan di laman Facebook BKKMHQ
  6. Fakskan aduan ke talian 03-8885 0769
  7. Tulis surat aduan dan alamatkan ke Pejabat BKKM atau Jabatan kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat.

Ini antara komen pengguna Threads:

“Report KKM, Naya Dekat Pelanggan Betul Ni”

Image from: Dah Habis Makan Baru Nampak, Individu Dakwa Tikus Berkeliaran Dekat Bekas Makanan Restoran [Video]

“Saya Pernah Kena Keracunan Makanan Lepas Makan Dekat Sini”

Image from: Dah Habis Makan Baru Nampak, Individu Dakwa Tikus Berkeliaran Dekat Bekas Makanan Restoran [Video]

“Kedai Ni Entah Berapa Kali Viral Sebab Tak Bersih, Siap Pegawai Kesihatan Suruh Tarik Logo Halal Yang Diorang Display Dekat Depan Kedai”

Image from: Dah Habis Makan Baru Nampak, Individu Dakwa Tikus Berkeliaran Dekat Bekas Makanan Restoran [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Jijik! Restoran Penuh Tahi Tikus Diserbu KPDN, Siap Salah Guna Tanda Halal [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Ini Tempat Letak Makanan” – Lelaki Minta Pasar Raya Jaga Kebersihan Lepas Jumpa Bangkai Tikus Di Troli

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved