Polis siasat kematian pelajar Tingkatan Dua di Kuala Pilah, keluarga dakwa dipukul

26 Sep 2026 • 9:50 AM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

Image from: Polis siasat kematian pelajar Tingkatan Dua di Kuala Pilah, keluarga dakwa dipukul

KUALA LUMPUR - Polis sedang menyiasat kematian seorang pelajar Tingkatan Dua sebuah sekolah sukan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan, susulan dakwaan keluarga bahawa mangsa dipukul di asrama.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Supt Muhamad Mustafah Hussin mengesahkan kejadian berkenaan dan memaklumkan kes itu masih dalam siasatan.

“Proses bedah siasat akan dijalankan di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), Seremban,” katanya.

Kejadian itu mula tular di media sosial selepas beberapa hantaran mendakwa mangsa dipukul di asrama sekolah berkenaan.

Seorang wanita yang mendakwa dirinya ibu saudara mangsa berkata, keluarganya hanya mengetahui kejadian tragis itu selepas dimaklumkan oleh ibu mangsa. Dia turut mendakwa seorang pelajar Tingkatan Empat telah ditahan berhubung insiden terbabit.

Bagaimanapun, pihak polis menegaskan bahawa dakwaan mangsa dipukul serta penahanan pelajar berkenaan masih belum disahkan secara rasmi.

Kejadian mengejutkan ini turut mendapat perhatian beberapa pemimpin masyarakat termasuk Bekas Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin.

Dalam satu hantaran Threads beliau menggesa pihak berkuasa menjalankan siasatan teliti tanpa kompromi.

"Pihak berkuasa perlu menyiasat kes ini secara telus dan terperinci berhubung dakwaan mangsa dibuli demi memastikan keadilan dapat ditegakkan buat Allahyarham dan keluarganya," katanya sambil menyampaikan ucapan takziah.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) merangkap Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki turut meluahkan rasa dukacita, menggesa pihak berkuasa dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil tindakan pantas serta tegas terhadap mana-mana individu yang didapati terbabit.

Beliau menyifatkan isu buli di premis pendidikan sebagai perkara yang tidak boleh dikompromi. - 26 September, 2026

The post Polis siasat kematian pelajar Tingkatan Dua di Kuala Pilah, keluarga dakwa dipukul appeared first on Scoop.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved