Danish Iftikhar Akhiri Cabaran Sebagai Lapan Terbaik Dunia 100M B-20

7 Aug 2026 • 2:45 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Danish Iftikhar Akhiri Cabaran Sebagai Lapan Terbaik Dunia 100M B-20

Danish Iftikhar Akhiri Cabaran Sebagai Lapan Terbaik Dunia 100M B-20

KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Atlet pecut muda negara, Danish Iftikhar Muhammad Roslee menamatkan saingan acara 100 meter (m) lelaki di kedudukan kelapan pada Kejohanan Olahraga Remaja Dunia Bawah 20 Tahun (B-20) 2026 di Oregon, Amerika Syarikat, semalam.

Pada perlumbaan akhir, pelari berusia 19 tahun itu mencatat masa 10.44 saat (s) untuk menamatkan perlumbaan di tempat kedua terakhir.

Pingat emas dimenangi pelari tuan rumah, Tate Taylor yang muncul satu-satunya atlet mencatat masa di bawah 10 saat dengan catatan 9.94s.

Pingat perak menjadi milik pelari Jamaica, Gary Card dengan catatan 10.15s, manakala gangsa diraih Marko Fereira dari Afrika Selatan selepas merekodkan masa 10.16s.

Terdahulu, Danish Iftikhar muncul pelari pecut kedua Malaysia yang layak ke final acara 100m pada Kejohanan Olahraga Bawah 20 Tahun Dunia.

Muhammad Azeem Mohd Fahmi merupakan pelari pecut pertama Malaysia yang mara ke final acara 100m pada Kejohanan Olahraga Remaja Dunia apabila menamatkan saingan di tempat kelima dengan catatan 10.14s di Cali, Colombia pada 2022.

Ketika itu berusia 18 tahun, Muhammad Azeem turut mencipta rekod kebangsaan baharu acara 100m selepas mencatat masa 10.09s pada saringan.

Baca juga:

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved