Datuk Seri didakwa pecah amanah wang syarikat lebih RM37 juta

LocalBusiness & Finance
14 Aug 2026 • 3:13 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Datuk Seri didakwa pecah amanah wang syarikat lebih RM37 juta
Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan melakukan pecah amanah wang syarikat berjumlah RM37.1 juta 4 tahun lepas. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan pecah amanah wang syarikat berjumlah RM37.1 juta, empat tahun lepas.

Zul Azmi Abu Hussin, 51, didakwa sebagai pengarah Syarikat Xspec Resources Sdn Bhd yang diamanahkan dengan penguasaan dana syarikat melakukan pecah amanah wang RM37,099,999.67 di sebuah bank di Taman Tunku, Bukit Tunku di sini pada 15 Februari 2022.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan dan denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Siti Suriatey Mohamed Yusoff memohon jaminan RM500,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Peguam Edly Mohammad Firdaus merayu jaminan RM50,000 atas alasan Zul Azmi menanggung isteri, lima anak serta ibu bapa selain mempunyai penyakit kolesterol dan darah tinggi.

"Anak guam dipanggil memberi keterangan hari ini sebelum didakwa di mahkamah dan telah memberikan kerjasama baik kepada pegawai penyiasat,” katanya.

Hakim Mohd Kafli Che Ali membenarkan jaminan RM100,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan dipohon pihak pendakwaan dan menetapkan sebutan kes pada 5 Oktober.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved