Dua rentung, seorang hilang dalam kebakaran 200 rumah

30 Aug 2026 • 7:45 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Dua rentung, seorang hilang dalam kebakaran 200 rumah
Keadaan rumah yang terbakar di kawasan Kampung Numbak, Kota Kinabalu. Foto Bomba
Image from: Dua rentung, seorang hilang dalam kebakaran 200 rumah
Anggaran keluasan dan lokasi yang musnah akibat kebakaran di tiga kampung merangkumi kawasan Kampung Numbak, Kota Kinabalu. Foto Bomba
Image from: Dua rentung, seorang hilang dalam kebakaran 200 rumah
Pasukan bomba menjalankan operasi dalam memadam kebakaran di tiga kampung merangkumi Kampung Numbak, Kota Kinabalu. Foto Bomba

KOTA KINABALU - Dua ditemukan rentung manakala seorang lagi hilang dalam kejadian kebakaran melibatkan kira-kira 200 rumah atas air melibatkan tiga kampung di sini pada awal pagi Ahad.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi itu, kebakaran melibatkan Kampung Lok Buta, Kampung Lok Poring dan Kampung Sabang Lama yang terletak di Kampung Numbak.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Mohd Pisar Aziz berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 1.40 pagi.

**media[3630697]**

Menurutnya, seramai 41 anggota melibatkan empat balai dikerah ke lokasi kejadian iaitu Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, Lintas, Penampang dan Tuaran.

"Kebakaran melibatkan kawasan rumah setinggan atas air jenis tidak kekal yang merangkumi tiga buah kampung iaitu Kampung Lok Buta, Kampung Lok Poring dan Kampung Sabang Lama.

"Anggaran awal kebakaran melibatkan kira-kira 200 rumah. Pasukan bomba menjalankan operasi pemadaman menggunakan dua aliran menggunakan sumber air daripada jentera bomba dan sumber air terbuka iaitu laut," katanya dalam kenyataan.

**media[3630696]**

Beliau berkata, pasukan bomba berjaya mengawal kebakaran daripada terus merebak ke kawasan berhampiran.

"Operasi pemadaman dan kerja-kerja overhaul sedang dijalankan.

"Hasil pemeriksaan, terdapat tiga orang dilaporkan dikhuatiri hilang dalam kejadian tersebut.

"Dua mangsa telah berjaya ditemui rentung oleh pasukan bomba, manakala operasi pencarian bagi seorang lagi mangsa masih diteruskan," katanya.

Beliau memaklumkan, jumlah sebenar rumah yang terlibat serta status mangsa masih dalam proses pengesahan.

"Maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved