Debat di Parlimen pun tidak gementar begini- Syed Saddiq

PoliticsLifestyle
10 Oct 2026 • 12:02 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Debat di Parlimen pun tidak gementar begini- Syed Saddiq

PETALING JAYA: Wajah gembira dan lega dapat dilihat di wajah Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman selepas sah bergelar suami kepada selebriti, Bella Astillah, pagi tadi.

Syed Saddiq mengakui, walaupun sering berdepan situasi tegang di Dewan Rakyat, namun momen ketika akad nikah disifatkan lebih gemuruh.

“Bila ustaz katakan ‘sah’, itu adalah detik paling penting dan kegembiraan luar biasa itu memang tiada tandingan. Sejujurnya, sebelum ini gementar macam mana pun ketika debat di Parlimen, saya tiada masalah.

“Tetapi tadi, tangan saya memang menggigil gementar. Namun, sebaik sahaja semuanya selesai, rasa gementar itu hilang dan kini saya bersyukur sudah bergelar suami kepada pasangan tercinta, Bella Astillah,” katanya.

Dalam pada itu, Syed Saddiq turut memohon titipan doa daripada orang ramai agar bahtera rumah tangga yang baru dibina itu sentiasa dilindungi daripada sebarang rintangan.

Ujarnya, penyatuan mereka adalah bukti kuasa doa yang akhirnya mengubah status hubungan daripada rakan sekerja kepada pasangan hidup.

“Doakan saya dan Bella. Kita tahu dalam kehidupan pasti ada rintangan dan cabaran. Atas berkat doa kalianlah yang menyatukan kami berdua, daripada pasangan kerja ke pasangan hidup,” tambahnya.

Sementara itu, Bella Astillah tidak menafikan sokongan dan doa peminat menjadi kunci hubungan mereka sampai ke alam perkahwinan hari ini.

“Saya berbesar hati hari ini dan sangat bersyukur kerana semuanya sudah selesai dengan selamat. Terima kasih atas segala sokongan dan doa buat kami berdua selama ini.

“Kami sangat menghargainya, Alhamdulillah,” katanya.

Terdahulu, Syed Saddiq dan Bella Astillah selamat melangsungkan majlis pernikahan mereka di aras 118, Menara Merdeka Maybank dengan konsep serba putih.

Selepas acara pernikahan bakal diadakan juga dua majlis resepsi dengan tema Kenduri Rakyat di kampung halaman mereka iaitu di Muar, Johor pada 25 Oktober dan Kota Kinabalu, Sabah pada 31 Oktober. – UTUSAN

The post Debat di Parlimen pun tidak gementar begini- Syed Saddiq appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved