DeepSeek Perkenal Model AI Terbaru Mereka, DeepSeek v4

TechnologyDigital
24 Apr 2026 • 10:02 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

DeepSeek pada setahun lepas telah menempa nama mereka dalam arena kecerdasan buatan, apabila berjaya hadir dengan penawaran model kecerdasan buatan yang berkuasa dan setara yang lain, tetapi pada kos pembangunan jauh berkali ganda lebih rendah. Kini, selang setahun sejak DeepSeek v3.2 menjadi bualan hangat ramai pihak dan industri, DeepSeek hari ini secara rasminya mempertontonkan dua versi dibawah DeepSeek v4, iaitu DeepSeek v4 Flash dan v4 Pro.

image is not available

DeepSeek melalui model baharu ini menawarkan konteks sehingga 1 juta token, membolehkan ia kekal konsisten dalam penjanaan, dan sesuai untuk pembangunan kod atau dokumen yang besar. Model baharu ini ditawarkan dalam bentuk sumber terbuka, membolehkan sesiapa yang berminat untuk turut memuat-turun dan menggunakannya dalam pembangunan.

Model ini juga memberikan penekanan pada keupayaan penaakulan dan tugasan ejen AI yang baik berbanding model lain di pasaran. Buat masa ini, ia masih menyokong teks sahaja. Kedua-dua model v4 juga adalah lebih efisien jikalau dibandingkan dengan model DeepSeek v3.2 sebelum ini, selari perkembangan teknologi dan rekaan teknikalnya.

Bagi anda yang berminat, model baharu ini boleh diuji melalui laman DeepSeek dibawah mod Expert atau Instant. Kemaskini untuk API juga telah mula ditawarkan bermula hari ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved