Dell dan Lenovo Akan Menawarkan Komputer Riba Dengan SoC Arm NVIDIA

TechnologyDigital
23 Feb 2026 • 3:17 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Bukan lagi rahsia NVIDIA setelah sekian lama hanya menawarkan kad grafik kepada PC, kini akan menawarkan cip pemproses bersepadu (SoC) mereka sendiri untuk komputer riba. Ia akan menggunakan senibina Arm bagi memberikan persaingan kepada Qualcomm dalam pasaran ini. Menurut laporan Wall Street Journal, Dell dan Lenovo akan menjadi dua syarikat terawal menawarkan komputer riba dengan pemproses NVIDIA ini.

image is not available

Ia dijangka tiba sebelum penghujung tahun ini dengan ia akan menggabungkan CPU, GPU dan teras AI sama seperti cip pemproses pada Qualcomm Snapdragon X dan Apple A. Ia akan menyasarkan lebih penggunaan pada komputer riba ringan, mempunyai prestasi AI yang tinggi tetapi masih mempunyai prestasi bateri yang tinggi.

Cip berasaskan Arm terbukti mampu menawarkan kuasa tinggi tetapi tidak banyak menggunakan kuasa berbanding cip X86. Isu yang ada hanyalah pada Windows, masih wujud isu prestasi dan sesetengah aplikasi yang masih belum serasi.

Isu bagi NVIDIA pula ialah bagaimana komputer riba berasaskan Arm mereka ini akan ke pasaran sedangkan industri sedang mengalami isu kekurangan memori dan SSD yang disebabkan oleh mereka sendiri.