"Dia Sudah Terlihat Juara..." - Pengurus Siti Nurhaliza Titip Kata Semangat Buat Aina Abdul

14 Nov 2026 • 1:30 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

"Dia Sudah Terlihat Juara..." - Pengurus Siti Nurhaliza Titip Kata Semangat Buat Aina Abdul

Pengurus kepada Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Rozi Abd Razak menyifatkan Malaysia mempunyai keunikan tersendiri yang mampu menarik perhatian masyarakat antarabangsa.Menurut Rozi, pengalamannya mengikuti Siti ke beberapa pertandingan dan persembahan di luar negara membuatkan dia percaya bahawa Malaysia mempunyai identiti tersendiri yang boleh dibanggakan.“Pengalaman mengikuti Datuk Seri Siti Nurhaliza ke beberapa pertandingan dan persembahan di luar negara, Malaysia mempunyai sesuatu yang unik. Terlihat sederhana, namun ada citra sempurna baik pada lagu, persembahan, penampilan dan juga cara PR kita dengan orang luar.“Sederhana ini memberikan keseimbangan dalam banyak aspek dan insya-Allah orang luar akan melihat ada sesuatu daripada peserta negara kita, Malaysia,” katanya.Dalam pada itu, Rozi turut menyifatkan Aina sudah pun menjadi juara di mata rakyat Malaysia menerusi segala usaha dan komitmen yang ditunjukkan sepanjang persiapan untuk pertandingan tersebut.Malah, dia turut menzahirkan rasa bangga terhadap kesungguhan Aina serta seluruh pasukan di belakang tabir yang bekerja keras bagi membawa nama Malaysia ke pentas antarabangsa.“Aina Abdul sudah terlihat juara bukan sahaja di mata kita semua, tetapi setiap usaha yang diberikan baik oleh beliau sendiri mahupun seluruh pasukan di belakang tabir yang mewakili Malaysia.“Kita doakan agar Aina akan memberikan persembahan yang terbaik, diberikan ketenangan dan dikurniakan kejayaan malam ini.“Bagi yang berada di luar negara, jangan lupa undi Aina,” ujarnya.Untuk rekod, Aina bakal mempertaruhkan lagu berjudul Bluest Sky, hasil ciptaannya bersama Mac Chew, dalam pertandingan yang menghimpunkan wakil dari 11 negara Asia itu.Aina dijadualkan membuat persembahan sebagai peserta terakhir daripada keseluruhan 11 wakil yang bertanding.Antara negara yang turut memberikan saingan kepada Malaysia termasuk Thailand, Korea Selatan, Filipina, Vietnam, Kemboja dan Bhutan.View on Threads

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved