Dipercayai Berang Kena Hon Di Plaza Tol, Lelaki Serang Pemandu Lori Tanker Sebelum ‘Makan Siku’ [Video]

13 Jun 2025 • 10:46 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Setiap pengguna jalan raya pastinya pernah berhadapan dengan ragam dan gelagat pengguna yang lain.

Kebanyakan yang ditemui adalah mereka yang mematuhi peraturan dan tidak mendatangkan kesusahan.

Namun, ada juga segelintir yang dilihat mementingkan diri dan tidak bertanggungjawab tanpa memikirkan kesannya kepada individu lain.

Lebih parah, bila ada yang ditegur contohnya dengan membunyikan hon, mereka akan berang dan naik angin pula.

Ambil Masa Agak Lama Di Plaza Tol Hingga Kena Hon

Semalam (12 Jun) tular di media sosial rakaman kamera mengenai tindakan seorang lelaki yang menyerang seorang pemandu lori tangki di sebuah plaza tol di selatan tanah air.

Menerusi video tular yang dipercayai diambil dari sistem CCTV pengawasan lori tangki terbabit, kelihatan sebuah kereta jenis Proton Wira berwarna hitam sedang berhenti di plaza tol bagi membuat bayaran.

Namun, sebaik bayaran telah dibuat dan palang telah naik, kereta berkenaan masih tidak berganjak dari tol tersebut.

Pemandu Lori Tanker Hon Sebagai Isyarat Segera Bergerak Tapi Lain Pula Yang Jadi

Melihat tindakan pemandu kereta berkenaan, pemandu lori tangki yang kebetulan berada di belakang kenderaan tersebut terus membunyikan hon sebagai isyarat agar pemandu kereta Wira tersebut segera beredar dari lokasi.

Apa yang menjadi perhatian, tindakan pemandu lori yang membunyikan hon itu membuatkan penumpang hadapan kereta berkenaan berang lalu turun dan menghampiri pemandu lori tersebut.

Kedengaran lelaki berkenaan memarahi pemandu lori itu dan memintanya keluar dari kenderaannya.

Meskipun berlaku pertengkaran pada jarak jauh, pemandu lori tersebut kekal tenang di tempat duduk dan meminta individu berkenaan segera beredar.

Lelaki Terus Serang Pemandu Lori Namun Dibalas Balik

Lelaki itu sekali lagi dilihat terus meminta pemandu lori berkenaan untuk turun malah dia sendiri yang membuka pintu di bahagian pemandu.

Lebih mengejutkan, dia memanjat bahagian pintu pemandu dan terus menyerang pemandu lori berkenaan dengan memukulnya bertubi-tubi.

Pun begitu, siapa menyangka tindakan pemandu lori menyiku muka lelaki terbabit menyebabkan serangannya terhenti.

Malah, pemandu lori tanker itu yang memakai kasut but berwarna hitam membalas perbuatan lelaki tersebut dengan menendangnya kembali hingga lelaki berkenaan akhirnya mengalah dan menjauhinya.

“You (awak) yang serang saya dulukan?” kata pemandu lori berkenaan.

Lelaki itu kemudiannya ditenangkan oleh pemandu kereta yang dipercayai rakannya sendiri dan pengawal keselamatan yang berada di tol tersebut.

Malah, kedengaran pemandu lori berkenaan mempertahankan dirinya ketika disoal oleh beberapa pengguna lain yang menyaksikan kejadian tersebut.

Malah, pemandu lori itu mendakwa lelaki tersebut berada dalam keadaan mabuk.

Menerusi maklumat pada rakaman kamera, difahamkan kejadian berlaku pada 8 Jun lalu kira-kira jam 2.32 petang.

Ada netizen yang mendakwa insiden berlaku di Plaza Tol Kempas, Johor Bahru, Johor.

Sistem lori tanker Tol Kempas arah selatan

Posted by Johor Bahru on Thursday 12 June 2025

Ramai Puas Hati Lihat Tindakan Balas Pemandu Lori

Perkongsian yang telah mendapat lebih 727,000 tontonan dan turut dikongsikan di platform lain seperti Threads nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Mengintai ke ruangan komen, ramai yang berpuas hati melihat tindakan pemandu lori berkenaan yang membalas balik tindakan lelaki tersebut yang disifatkan sebagai pembuli jalanan.

Malah, ada yang mahu pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan terhadap lelaki berkenaan kerana menyerang pengguna jalan raya lain hanya kerana isu yang kecil.

Setakat ini, belum ada kenyataan dari pihak berkuasa berhubung insiden terbabit.

Ini antara komen menarik pengguna media sosial:

“Puas Hati Kena Tapak Kaki, Minta-Minta Brader Lori Tu Pakai Safety Boot La Time Tu”

image is not available

“Boleh La Mention PDRM Tangkap Penumpang Wira Ni, Samseng! Guna Kekerasan Dahulu”

image is not available

“Brader Lori Tu Kira Baik Dah Tu, Dia Stop Situ Je, Kalau Aku Confirm Sambung”

image is not available

“Geram Tengok Dia Sepuk Abang Driver Tu, Tapi Bila Abang Lori Balas, Puas Hati Aku”

image is not available

“Puas Aku Tengok Dia Kena Tendang Jatuh Dari Lori”

image is not available

“Padan Muka, Memekak Lagi Mendapat La Tapak Lasut”

image is not available

Source: