Disangka bunyi letupan, pemilik terkejut kereta ditembak

31 Oct 2026 • 12:33 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Disangka bunyi letupan, pemilik terkejut kereta ditembak

LUMUT – Polis mengesan dua suspek yang dipercayai melepaskan tembakan ke arah sebuah kereta di Taman Hijau, Kampung Koh, Sitiawan di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Hasbullah Abd. Rahman berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki yang merupakan pemilik kereta pada pukul 1.54 tengah hari semalam.

“Siasatan mendapati kejadian dipercayai berlaku pukul 4.16 pagi hari sama apabila mangsa terdengar bunyi letupan ketika berada di dalam rumah.

“Mangsa menyedari terdapat empat kesan tembakan pada pintu kanan kenderaannya pada pukul 9 pagi,” katanya di sini hari ini.

Hasbullah berkata, semakan ke atas rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian menunjukkan dua suspek yang belum dikenal pasti identiti menghampiri kereta itu.

Beliau berkata, salah seorang suspek yang menunggang motosikal bertindak melepaskan tembakan ke arah kenderaan tersebut sebelum melarikan diri.

“Pihak polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 39 Akta Senjata 1960. Usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan,” katanya.

Orang awam yang mempunyai maklumat diminta tampil atau menghubungi Bilik Gerakan IPD Manjung di talian 05-688 6222 atau talian hotline Whatsapp 017-682 8005 atau mana-mana balai polis berhampiran. – KOSMO! ONLINE

The post Disangka bunyi letupan, pemilik terkejut kereta ditembak appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved