Polis kesan suspek lepas tembakan ke arah kenderaan di Sitiawan 

31 Oct 2026 • 1:45 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Polis kesan suspek lepas tembakan ke arah kenderaan di Sitiawan 

IPOH: Polis sedang mengesan suspek yang terlibat dalam insiden melepaskan tembakan ke arah sebuah kenderaan jenis BMW di hadapan sebuah rumah di Taman Hijau, Kampung Koh dekat Sitiawan, semalam.

Ketua Polis Daerah Manjung ACP Hasbullah Abd Rahman berkata polis menerima laporan daripada seorang lelaki pada 1.54 tengah hari semalam berkaitan insiden itu.

“Siasatan mendapati kejadian dipercayai berlaku pada 4.16 pagi hari sama apabila pengadu terdengar bunyi letupan ketika berada di dalam rumah, sebelum pengadu menyedari terdapat empat kesan tembakan pada bahagian pintu sebelah kanan kenderaan miliknya itu kira-kira 9 pagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata semakan pada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian mendapati dua suspek yang belum dikenal pasti identiti telah menghampiri kenderaan terbabit dengan menaiki motosikal.

Hasbullah berkata seorang daripada suspek telah melepaskan tembakan ke arah kenderaan itu sebelum melarikan diri.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 39 Akta Senjata 1960 manakala orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung atau hubungi Bilik Gerakan IPD Manjung melalui talian 05-6886222 atau talian hotline WhatsApp 017-6828005 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

Dalam kenyataan berasingan, Hasbullah berkata polis menahan seorang lelaki dan dua wanita berusia antara 24 hingga 26 tahun bagi membantu siasatan kes seorang lelaki kehilangan kereta jenis Toyota Hilux di Taman Mas 2, Sitiawan.

Beliau berkata kesemuanya direman kini direman hingga Isnin ini untuk siasatan di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan. 

“Pada 27 Okt, kira-kira 5.30 petang, sepasukan polis dari IPD Manjung telah menahan ketiga-tiga suspek yang disyaki terlibat dalam kejadian ini. Polis merampas sebuah alat pembaca kunci kereta yang dipercayai digunakan untuk kegiatan mencuri kenderaan serta beberapa barangan lain.

“Hasil soal siasat mendapati suspek mengaku terlibat dalam lapan kes kecurian kenderaan, iaitu empat kes di Perak dan empat kes di Kuala Lumpur yang menggunakan modus operandi sama dengan menyasarkan kenderaan pacuan empat roda,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved