Disyaki Seludup Heroin Dan 'Ice' Ke Singapura, Lelaki Malaysia Ditahan Di Tuas

26 Oct 2026 • 11:29 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Disyaki Seludup Heroin Dan 'Ice' Ke Singapura, Lelaki Malaysia Ditahan Di Tuas

Seorang lelaki warga Malaysia berusia 24 tahun ditahan selepas disyaki cuba menyeludup heroin seberat kira kira 1,924 gram dan dadah jenis ice seberat 164 gram ke Singapura pada 21 Oktober lalu.

Cubaan itu dikesan di Pusat Pemeriksaan Tuas ketika lelaki berkenaan menunggang motosikal berdaftar di Malaysia.

Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan Singapura (ICA) memaklumkan, lima bungkusan yang disyaki mengandungi dadah ditemukan di dalam sebuah beg jinjing yang disembunyikan di bawah baju hujan dalam kotak simpanan motosikal berkenaan.

Menurut ICA, penemuan itu segera dimaklumkan kepada Biro Narkotik Pusat (CNB) yang kemudian menjalankan pemeriksaan lanjut terhadap lelaki terbabit dan motosikalnya.

“Sebanyak kira kira 1,924 gram heroin dan 164 gram ice dirampas dalam operasi tersebut.

“Dadah yang dirampas itu dianggarkan bernilai lebih S$222,000 (RM700,000) dan berpotensi membekalkan dadah kepada kira kira 1,010 penagih selama seminggu,” menurut ICA menerusi hantaran di Facebook hari ini.

ICA memaklumkan, siasatan kes berkenaan masih dijalankan mengikut Seksyen 7 Akta Penyalahgunaan Dadah 1973 Singapura.

Di bawah peruntukan undang undang tersebut, individu yang mengimport atau mengeksport lebih 15 gram diamorfin atau heroin tulen ke Singapura boleh dikenakan hukuman mati.

Menurut ICA, pihaknya akan terus bekerjasama rapat dengan CNB bagi membanteras cubaan penyeludupan dadah merentasi sempadan negara itu.

Baca juga:

“ICA juga kekal berwaspada dalam menjalankan pemeriksaan keselamatan di semua pusat pemeriksaan bagi menghalang dan mengesan penyeludupan individu yang tidak diingini, senjata, bahan letupan serta barangan terlarang lain merentasi sempadan negara itu,” menurut kenyataan berkenaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved