CEO syarikat ditahan tipu urusan beli dusun durian RM1.65 juta

LocalBusiness & Finance
27 Oct 2026 • 9:01 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: CEO syarikat ditahan tipu urusan beli dusun durian RM1.65 juta

PUTRAJAYA: Seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat pemborong, pengimport dan pengeksport buah-buahan dan sayur-sayuran ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terlibat dalam penipuan berkaitan urusan pembelian dusun durian berjumlah kira-kira RM1.65 juta.

Suspek lelaki berusia lingkungan 50-an itu telah ditahan kira-kira pukul 12 tengah hari semalam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya.

Siasatan awal mendapati suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut pada Februari 2024, bagaimanapun urusan pembelian dusun durian tersebut tidak berlaku.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan suspek akan dituduh pagi ini di Mahkamah Shah Alam, Selangor. – UTUSAN

The post CEO syarikat ditahan tipu urusan beli dusun durian RM1.65 juta appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved