CEO syarikat ditahan kes tipu beli dusun durian RM1.65 juta

LocalBusiness & Finance
27 Oct 2026 • 8:10 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: CEO syarikat ditahan kes tipu beli dusun durian RM1.65 juta
CEO sebuah syarikat pemborong, pengimport dan pengeksport buah-buahan serta sayur-sayuran ditahan kerana disyaki terlibat dalam penipuan berkaitan urusan pembelian dusun durian bernilai kira-kira RM1.65 juta. - Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat pemborong, pengimport dan pengeksport buah-buahan serta sayur-sayuran ditahan kerana disyaki terlibat dalam penipuan berkaitan urusan pembelian dusun durian bernilai kira-kira RM1.65 juta.

Suspek lelaki berusia lingkungan 50-an itu ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kira-kira jam 12 tengah hari ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di sini pada Isnin.

Siasatan awal mendapati suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut pada Februari 2024.

Bagaimanapun, urusan pembelian dusun durian berkenaan dipercayai tidak pernah berlaku.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman, ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Suspek dijangka dituduh di Mahkamah Shah Alam pada pagi Selasa.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved