Wanita Jumpa ‘Cicak Goreng’ Dalam Pisang Cheese Tiramisu Yang Dibeli Buat Ramai Loya Tekak [Video]

LocalFood
16 Jun 2025 • 3:40 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Kebersihan merupakan salah satu aspek penting yang sentiasa perlu dititik beratkan oleh setiap peniaga yang menjual makanan.

Malah kebersihan itu bukan sahaja dari segi persekitaran sebaliknya bahan, proses serta setiap perkakas yang digunakan perlulah sentiasa dalam keadaan bersih dan selamat untuk dihidang kepada pelanggan.

Peniaga yang sentiasa menjaga kebersihan dan kualiti makanan yang disediakan dapat mengelakkan daripada berlaku kes keracunan makanan dan sebagainya.

Wanita jumpa cicak dalam pisang goreng cheese tiramisu

Baru-baru ini, seorang wanita telah berdepan dengan situasi yang menjijikkan apabila menjumpai bendasing dalam makanan yang dibeli.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Alisha Azni di TikTok, awalnya kelihatan wanita itu telah membeli pisang goreng cheese tiramisu.

Namun sewaktu sedang menikmatinya dia terkejut apabila menemui cicak yang berada dalam makanan dipesan.

Turut kelihatan wanita tersebut mengambil cicak berkenaan dengan menggunakan garfu dan ia turut disalut dengan sos makanan berkenaan.

Siap basuh untuk pastikan ia adalah cicak

Tidak lama kemudian wanita itu membawa cicak berkenaan ke dalam singki untuk dibasuh bagi mengesahkan adakah benar bendasing terbabit adalah haiwan berkenaan.

Selepas dibasuh dengan air, kelihatan susuk tubuh haiwan itu sememangnya cicak.

“Beli pisang goreng tiramisu dapat cicak goreng, hati-hati guys kedai pengotor tak bertanggungjawab, keracunan makanan atau kehilangan nyawa sebab teracun kena tanggung sendiri sebab pemilik tak kesah asalkan untung…” katanya di ruang kapsyen.

Alisha turut memaklumkan dia membeli makanan tersebut di sebuah kedai di Bayan Baru, Pulau Pinang.

@alisha.azni Beli pisang goreng tiramisu dpt cicak goreng, hati2 guys kedai pengotoq tk bertanggungjawab, food poisoning atau kehilangan nyawa sbb teracun kena tanggung sendiri sbb owner tk kesah asalkan untung hanya di LAKSA KUAH PEKAT BAYAN BARU PENANG! #penangfoodie #penangfood #penangfoodhunt #laksakuahpekatbayanbaru #kedaimakan #jijiksumpah #jijik #foodtiktok #foodreview #reviewtiktok #fyp #fyppppppppppppppppppppppp #fypage @Ms Panda 🐼 @𝓐𝓲𝓷 🎀🧸 @Filza Filzieee @Hidayah @qishaa @anis ♬ Creepy and simple horror background music(1070744) – howlingindicator

Ramai loya tekak lihat cicak dalam makanan dipesan

Melihat di ruangan komen ramai yang geli melihat insiden menimpa Alisha dan memintanya mengambil tindakan.

Ada juga yang mengatakan wanita itu boleh menunjukkan bukti tersebut kepada pihak berkenaan.

Wanita dakwa alami keracunan makanan disebabkan makanan tidak bersih itu

Di ruang komen sewaktu disoal adakah dia ada memaklumkan kepada peniaga, wanita itu menjelaskan dia sudah memaklumkan kepada pemilik kedai mengenai insiden itu namun respon yang diberikan seperti menghampakan.

“Dah beritahu dan minta pulangkan duit pembelian dan pampasan bil klinik semua tapi pemilik bluetick (hanya membaca) balas pun nak tak nak. Jadi saya tanggung semua kerugian tu tak dapat masuk kerja apa semua. Saya dan suami kongsi untuk kesedaran semua atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga sebab pegawai sana sendiri kata mereka akan pesan (beli) ramai-ramai waktu makan tengahari.

“Ramai tak tahu nanti kena nasib macam saya pula. Pemilik siap kata boleh tanggung kalau pergi hospital kerajaan sahaja bayar RM1 (Dia ingat aku tak mampu RM1 kot),” dakwanya.

Malah dia juga menyifatkan peniaga terbabit tidak mempunyai hati perut serta menguji kesabarannya.

“Tak ada hati perut dan menguji kesabaran, sekurang-kurangnya cakap baik-baik. ‘Saya tak mampu bayar bil makanan yang dah beli dan bil klinik maafkan saya jangan viralkan’ selesai, ni dah ‘racun’ orang tapi boleh pula bluetick tak layan. Dah cukup baik saya cakap elok-elok sebagai pelanggan,” dakwanya lagi.

image is not available

6 Cara Buat Aduan Peniaga Atau Restoran Kotor Kepada KKM

Tahukah anda, orang ramai sebenarnya boleh membuat aduan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) jika berhadapan dengan situasi sebegini?

Terjumpa bendasing dalam makanan? Makanan tercemar? Makanan yang dibeli rosak? Kedai makan kotor? Semua situasi ini boleh dilaporkan kepada KKM.

Langkahnya mudah sahaja. Individu hanya perlu membuat enam cara di bawah:

  • Datang sendiri ke pejabat Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), KKM atau Pejabat Kesihatan Daerah
  • Hubungi BKKM di talian 03-8885 0797 atau talian 1MOCC iaitu 03- 8000 8000
    Laporkan aduan ke laman web SISPAA
  • Buat aduan di laman Facebook BKKMHQ
  • Fakskan aduan ke talian 03-8885 0769
  • Tulis surat aduan dan alamatkan ke Pejabat BKKM atau Jabatan kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat.

Berikut adalah komen netizen:

“Buat report terus please. Pengotornya kedai tu”

image is not available

“Saya pernah makan dekat situ laksa dia, dan ada meja sebelah mengagu ada anak lipas dalam laksa dia. Allahuakbar. Saya terus balik tak habiskan pun laksa tu, kembang tekak”

image is not available

“Bukti dah ada, buat report jelah. Baca komen lain ada yang pernah terkena juga tu”

image is not available

“Buat report pada pihak berwajib, supaya mereka tak ambil mudah selepas ni”

image is not available