Dr Fatimahtuzarah maut kemalangan bersama ibu

1 Nov 2026 • 4:05 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Dr Fatimahtuzarah maut kemalangan bersama ibu

KULAI – Seorang wanita bersama ibunya maut selepas kereta dinaiki terlibat kemalangan ketika dalam perjalanan balik ke rumah dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS) ke Tampoi, di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, kejadian pukul 2.30 petang itu melibatkan Dr Fatimahtuzarah Md Amin,30, yang memandu kereta jenis Mazda bersama ibunya Rosmani Abdul Ghani,69.

Kata beliau, ketika sampai dilokasi kejadian, kereta tersebut dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan terbalik seterusnya memasuki laluan bertentangan mengakibatkan pelanggaran dengan kereta Toyota Vios dipandu lelaki berusia 30 tahun.

“Akibat kejadian itu, pemandu dan penumpang kereta jenis Mazda itu telah mengalami kecederaan parah dibeberapa bahagian badan sebelum disahkan meninggal dunia dilokasi kejadian.

“Pemandu ketara Toyota Vios hanya mengalami kecederaan ringan, kedua-dua mangsa yang meninggal itu kemudiannya dirujuk ke Hospital Tengku Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulai untuk proses bedah siasat,” katanya melalui kenyataan, hari ini. – KOSMO! ONLINE

The post Dr Fatimahtuzarah maut kemalangan bersama ibu appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved