KULAI - [DIKEMAS KINI] Seorang ibu dan anak perempuannya maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Senai-Lapangan Terbang Antarabangsa Senai di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, mangsa yang maut ialah pemandu Mazda, Dr. Fatimatuzahrah Md Amin, 30, serta ibunya, Rosmani yang berusia 69 tahun.
Beliau berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Mazda dipandu mangsa, wanita berusia 30 tahun bersama ibunya yang berusia 69 tahun, dipercayai terbabas dan memasuki laluan bertentangan.
**media[3696241]**
"Kemalangan tersebut menyebabkan kecederaan parah kepada pemandu kereta Mazda, yang disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, manakala ibunya pula meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah.
"Bagaimanapun, pemandu kereta Toyota Vios, lelaki berusia 30 tahun hanya mengalami cedera ringan dan punca sebenar kejadian masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Seng Lee berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan itu boleh tampil ke Bahagian Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai atau hubungi Pegawai Penyiasat Kes Inspektor Ahmad Safuan Abu Naim menerusi nombor 017-7573507 bagi membantu siasatan,” katanya. - Bernama



![[KEMAS KINI] Suami isteri maut MPV dihempap lori bawa tar dikenal pasti](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/11/dihempap-lori-1024x787.jpeg)


