RCI TH: SPRM sambung rakam percakapan bekas CFO hari ketiga

LocalPolitics
6 Aug 2026 • 6:53 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: RCI TH: SPRM sambung rakam percakapan bekas CFO hari ketiga

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menyambung rakaman percakapan bekas ketua pegawai kewangan (CFO) sebuah syarikat milik badan berkanun bagi membantu siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa pembelian saham dua buah syarikat perladangan bernilai kira-kira RM370 juta.

Rakaman percakapan tersebut dijalankan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya dan berlangsung lebih 7 jam.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman berkata, bekas pegawai kanan tersebut telah tiba di Ibu Pejabat SPRM sekitar pukul 10 pagi.

“Rakaman percakapan beliau pada hari ketiga telah selesai kira-kira pukul 5.30 petang dan esok akan bersambung untuk hari keempat,” katanya. – UTUSAN

The post RCI TH: SPRM sambung rakam percakapan bekas CFO hari ketiga appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved