Dua lelaki dihukum penjara 14 hari, denda RM8,000 jual MC palsu

12 Aug 2026 • 2:50 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Dua lelaki dihukum penjara 14 hari, denda RM8,000 jual MC palsu

KUANTAN: Seorang penganggur dan pekerja ladang masing-masing dijatuhkan hukuman penjara 14 hari dan denda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret Kuantan, di sini, hari ini selepas mengaku bersalah menjual sijil cuti sakit (MC) palsu.

Kedua-dua tertuduh, Mohd. Shukrie Zainuddin, 28, dan Muhammad Asyraf Zunaidy, 31, mengaku faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Elyna Othman.

Mengikut pertuduhan yang dibaca bersama, kedua tertuduh secara tidak jujur membuat dokumen palsu iaitu 40 keping sijil MC memggunakan nama sebuah klinik dan tandatangan seorang doktor di klinik terbabit dalam tempoh 28 Mac sehingga 13 Julai 2026 dengan niat untuk menipu.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 465 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara selama dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. Tertuduh yang diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) dalam rayuan memohon supaya hanya dikenakan hukuman denda dan tidak dipenjarakan.

Elyna menetapkan hukuman penjara 14 hari dari tarikh tangkapan dan denda RM8,000 kepada setiap tertuduh.

Mengikut fakta kes, laporan polis dibuat oleh pihak kilang dan klinik selepas mengesan MC palsu digunakan pekerja kilang berkenaan. Susulan daripada laporan berkenaan, pihak polis menjalankan siasatan dan mendapati sebanyak 40 keping MC membabitkan 17 pekerja disahkan palsu oleh pihak klinik.

Semakan terhadap pekerja yang menggunakan MC berkenaan mendapati semua dokumen palsu itu dijual oleh seorang daripada tertuduh.

Polis kemudian menahan kedua lelaki berkenaan pada 5 Ogos lalu dan turut merampas satu cop palsu selain 24 keping MC palsu atas nama klinik sama dengan pelbagai nombor siri yang masih dalam proses pemalsuan. – UTUSAN

 

The post Dua lelaki dihukum penjara 14 hari, denda RM8,000 jual MC palsu appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved