Dua pelajar maut, tercampak ke laluan bertentangan di Temerloh

5 Aug 2026 • 12:48 AM MYT
MYBERITA
MYBERITA

Segalanya yang terkini, terbaik dan tepat untuk anda semua

Dua pelajar maut, tercampak ke laluan bertentangan di Temerloh

TEMERLOH – Perjalanan pulang dua pelajar lelaki bertukar tragedi apabila mereka maut selepas motosikal dinaiki tercampak ke laluan bertentangan sebelum dirempuh sebuah kenderaan dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 119 Jalan Kuala Lumpur-Kuantan, dekat sini, malam semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.20 malam itu, mangsa dikenali sebagai Muhammad Nazim Dzafran Mohd dan Muhammad Hafizuddin Abdullah, masing-masing berusia 17 tahun, disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Nasyim Bahron berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 8.20 malam.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa yang menaiki sebuah motosikal sedang dalam perjalanan dari bandar Temerloh menuju ke Chenor, Maran sebelum terbabit dalam kemalangan.

“Apabila sampai di lokasi kejadian, motosikal berkenaan dipercayai cuba memotong sebuah kereta tetapi terlanggar bahagian belakang sebelah kanan, menyebabkan kedua-dua mangsa tercampak ke laluan bertentangan sebelum dilanggar sebuah kenderaan lain,” katanya.

Beliau berkata, impak kemalangan menyebabkan kedua-dua pelajar itu meninggal dunia di tempat kejadian. Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh untuk proses bedah siasat.

Mohd Nasyim berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Polis turut mengingatkan pengguna jalan raya supaya sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas dan memastikan keadaan benar-benar selamat sebelum melakukan sebarang tindakan memotong bagi mengelakkan tragedi seumpama itu berulang.

The post Dua pelajar maut, tercampak ke laluan bertentangan di Temerloh appeared first on MYBERITA.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved