Gagal pastikan keselamatan tapak pembinaan, pengarah syarikat didenda RM25,000

LocalBusiness & Finance
10 Aug 2026 • 3:47 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Gagal pastikan keselamatan tapak pembinaan, pengarah syarikat didenda RM25,000

GEORGE TOWN : Seorang pengarah syarikat pembinaan didenda RM25,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah kerana gagal memastikan keselamatan kawasan tapak pembinaan di bawah seliaannya, tahun lepas.

Lo Chee Leong, 64, selaku pengarah C.Y.C. Management Sdn. Bhd. dijatuhi hukuman itu selepas Hakim Irwan Suainbon mengambil kira rayuan pihak syarikat serta hujahan pendakwaan berkaitan aspek keselamatan dan kesihatan pekerja di tapak pembinaan. Beliau turut memerintahkan Chee Leong dipenjara selama enam bulan jika gagal membayar denda berkenaan.

Berdasarkan pertuduhan, Chee Leong selaku kontraktor kerja pembinaan gagal memastikan semua bukaan lantai yang boleh mendedahkan mana-mana individu kepada risiko jatuh dihadang dengan sesuai dan secukupnya bagi mengelakkan kejadian jatuh dari mana-mana ketinggian.

Kesalahan itu didakwa dilakukan pada 20 Februari 2025 kira-kira jam 11.30 pagi di C.Y.C. Management Sdn. Bhd., Lot 3402 (Lot Lama 2756), Seksyen 6, Jalan Lim Lean Teng, Bandar George Town, Daerah Timur Laut di sini.

Atas kesalahan itu, dia didakwa mengikut Peraturan 19(3), Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Kerja Pembinaan) (Reka Bentuk dan Pengurusan) 2024, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dan boleh dihukum di bawah Peraturan 19(6) peraturan sama.

Ketika prosiding, Chee Leong memohon agar mahkamah menjatuhkan hukuman lebih ringan dengan alasan bahawa kelemahan berhubung isu keselamatan itu telah diperbaiki, namun, Pegawai Pendakwa Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Khairul Nizam Mat Piah mahu hukuman yang setimpal dikenakan sebagai pengajaran kepada syarikat terbabit.

Mahkamah seterusnya mengenakan denda sebanyak RM25,000 kepada Chee Leong sebagai pengajaran dengan mengambil kira kepentingan memastikan pematuhan terhadap aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tapak pembinaan.-UTUSAN

The post Gagal pastikan keselamatan tapak pembinaan, pengarah syarikat didenda RM25,000 appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved