Dua rakyat Malaysia ditahan di Sungai Golok, 1,560 biji Epam dirampas

21 Aug 2026 • 8:58 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Dua rakyat Malaysia ditahan di Sungai Golok, 1,560 biji Epam dirampas
Dua rakyat Malaysia ditahan polis Thailand di Sungai Golok pada Khamis. Foto fail Bernama

NARATHIWAT - Dua rakyat Malaysia ditahan polis Thailand di Sungai Golok di sini Khamis malam, selepas pihak berkuasa menemukan 1,560 biji pil Epam (Nitrazepam) yang dipercayai dalam milikan mereka.

Ketua Polis Sungai Golok Kol. Thun Sirikhunt ketika dihubungi Bernama berkata, kedua-dua suspek berusia 24 dan 30 tahun dari Kelantan itu ditahan kira-kira 10.30 malam di hadapan sebuah restoran di Jalan Anukachart Usorn, pekan Sungai Golok, hasil risikan dan maklumat orang awam.

Thun berkata, dadah berkenaan, yang dikategorikan sebagai bahan psikotropik Kategori 2, dibungkus dalam 39 pek lepuh yang setiap satunya mengandungi 40 tablet dan keseluruhannya dianggarkan bernilai 10,608 Baht (100 Baht = RM12.34).

Beliau berkata, kedua-dua suspek disiasat kerana memiliki bahan psikotropik Kategori 2 bagi tujuan penjualan tanpa kebenaran.

Menurutnya, kesalahan itu boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih setahun atau denda tidak lebih 20,000 Baht, atau kedua-duanya sekali. - Bernama 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved