Rumusan Artikel
Dua remaja lelaki berusia 16 tahun tiba di Mahkamah Kuala Pilah pagi ini.
Kedua-duanya dijangka didakwa mengikut Seksyen 302 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Mangsa berusia 14 tahun ditemukan tidak sedarkan diri di asrama sekolah sukan pada 25 September lalu sebelum disahkan meninggal dunia.
Dua suspek yang juga senior mangsa ditahan polis bagi membantu siasatan.
Dua remaja lelaki berusia 16 tahun yang disyaki terbabit dalam kes kematian seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun di sebuah sekolah sukan di daerah ini tiba di Mahkamah Kuala Pilah, pagi ini.
Kedua-dua suspek tiba di mahkamah kira-kira 8.45 pagi dan dijangka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Semalam, Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad memaklumkan bahawa kedua-dua suspek akan didakwa mengikut peruntukan berkenaan selepas kertas siasatan dirujuk kepada Pejabat Pendakwaan dan arahan untuk pendakwaan diterima.
Pelajar ditemui tidak sedarkan diri di asrama
Pada 25 September lalu, seorang pelajar sekolah sukan berusia 14 tahun ditemukan tidak sedarkan diri di asrama sekolah berkenaan kira-kira jam 8 malam.
Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), Kuala Pilah, namun disahkan meninggal dunia.
Mayat mangsa seterusnya dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban untuk proses bedah siasat.
Susulan kejadian itu, polis menahan dua remaja lelaki berusia 16 tahun yang juga merupakan senior kepada mangsa bagi membantu siasatan. – HARIAN METRO
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Trauma Tumpul Di Kepala Punca Kematian Pelajar 16 Tahun Di Yong Peng, PDRM Jamin Tiada ‘Cover-Up’
The post Dua Remaja 16 Tahun Tiba Di Mahkamah Kuala Pilah, Didakwa Seksyen 302 Kes Kematian Pelajar Sekolah Sukan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






