Dua warga China didenda RM4,700 kes tipu pelaburan kripto

LocalBusiness & Finance
21 Sep 2026 • 4:15 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Dua warga China didenda RM4,700 kes tipu pelaburan kripto

SHAH ALAM, 21 SEPT: Dua lelaki warga China masing-masing didenda RM4,700 oleh Mahkamah Majistret di Johor Bahru hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan penipuan pelaburan kripto dalam talian yang tidak wujud.

Chen Le, 36, dan Zhong Guoxuan, 31, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Atifah Hazimah Wahab, lapor Harian Metro.

Berdasarkan kertas pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa menjadi pihak kepada suatu pakatan jahat dengan tujuan melakukan jenayah.

Mereka didakwa bersetuju antara satu sama lain untuk melakukan perbuatan menyalahi undang-undang membabitkan penipuan pelaburan kripto dalam talian yang tidak wujud.

Kesalahan itu dilakukan di Marina View Resort, Bandar Baru Permas Jaya, Johor Bahru jam 1.09 tengah hari pada 11 September lalu.

Perbuatan berkenaan didakwa bertentangan dengan Seksyen 417 Kanun Keseksaan.

Pertuduhan terhadap kedua-duanya dikemukakan mengikut Seksyen 120B(2) Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.

Seksyen berkenaan memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Sarah Siti Aisyah Mustapha Kamal.

Kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam sepanjang prosiding berkenaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved