Dubai Ganti Istilah ‘Ibu Rumah Tangga’ Kepada ‘Pembentuk Generasi’

Family & ParentingLifestyle
27 Sep 2026 • 6:59 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Dubai Ganti Istilah ‘Ibu Rumah Tangga’ Kepada ‘Pembentuk Generasi’

Dubai kini menggunakan istilah ‘pembentuk generasi’ atau generation shaper bagi menggambarkan peranan isteri atau ibu yang memberi tumpuan kepada penjagaan anak serta keluarga.

Perubahan istilah itu sebenarnya telah diperkenalkan sejak Mac 2026 bersempena sambutan Hari Ibu, namun kembali menjadi perhatian sejak kebelakangan ini.

Keputusan berkenaan dicetuskan Putera Mahkota Dubai, Sheikh Hamdan Mohammed Rashid Al Maktoum yang mengarahkan Pihak Berkuasa Pembangunan Masyarakat menukar gelaran ‘ibu rumah tangga’ kepada ‘pembentuk generasi’.

Menurut laporan Gulf Today, langkah itu bertujuan mengiktiraf peranan penting golongan ibu yang masih sering dipandang sebelah mata, meskipun sumbangan mereka besar dalam membentuk keluarga, komuniti dan masyarakat.

Ibu Diangkat Sebagai ‘Pembentuk Generasi’

Penggunaan istilah baharu itu dilihat sebagai usaha membingkai semula peranan serta sumbangan aktif seorang ibu dalam pembangunan masyarakat dan negara, bukan sekadar melihatnya sebagai tugas domestik.

Dalam satu hantaran di platform X, Sheikh Hamdan turut menekankan pengaruh besar seorang ibu dalam pembentukan anak-anak.

Beliau menggambarkan ibu sebagai ‘sekolah pertama’, tempat anak-anak mempelajari nilai penting termasuk rasa memiliki, tanggungjawab dan identiti.

“Pelajaran-pelajaran awal ini sangat penting dalam membina masyarakat yang kuat dan bersatu padu,” tulisnya.

Arahan menggunakan gelaran baharu itu turut mencerminkan visi lebih luas Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk mengangkat peranan sosial yang menyumbang kepada pembangunan negara dalam jangka panjang.

Walaupun perubahan itu bersifat simbolik, penggunaan istilah ‘pembentuk generasi’ membawa makna budaya dan sosial tersendiri.

Baca juga:

Ia mengiktiraf peranan golongan ibu yang mendedikasikan masa untuk membesarkan anak-anak sebagai satu bentuk sumbangan aktif dalam membentuk generasi akan datang.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved