‘Duit Saya, Rezeki Saya’ - Rita Rudaini Usaha Sendiri Sediakan Menu Berkhasiat Buat Anak Hadapi Percubaan SPM

Family & Parenting
20 Aug 2026 • 9:12 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

‘Duit Saya, Rezeki Saya’ - Rita Rudaini Usaha Sendiri Sediakan Menu Berkhasiat Buat Anak Hadapi Percubaan SPM

Usaha seorang ibu memastikan anak mendapat sokongan terbaik ketika menghadapi peperiksaan bukan hanya tertumpu kepada pelajaran, malah turut melibatkan soal pemakanan.

Pelakon, Rita Rudaini Mohammad Mokhtar, mencuri perhatian apabila berkongsi usahanya sendiri merancang menu makanan berkhasiat buat anaknya yang sedang menduduki peperiksaan percubaan SPM di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM).

Image from: ‘Duit Saya, Rezeki Saya’ - Rita Rudaini Usaha Sendiri Sediakan Menu Berkhasiat Buat Anak Hadapi Percubaan SPM
Gambar: Threads @ritrud727

Menerusi hantaran di Threads, Rita berkata, dia mengambil inisiatif sendiri untuk menjaga pemakanan anaknya sepanjang tempoh peperiksaan dengan mengeluarkan wang sendiri serta merancang menu yang bersesuaian.

Menurutnya, dia turut mendapatkan kerjasama sebuah kafe bagi menyediakan makanan berdasarkan menu yang telah dipilih.

“Sepanjang anak saya tengah percubaan SPM MRSM, saya sendiri ambil inisiatif untuk jaga pemakanan dia.

“Keluar duit sendiri, rancang menu sendiri dan saya minta kerjasama kafe untuk bantu sediakan menu yang saya pilih. Sejujurnya, saya memang seronok melakukannya,” katanya.

Rita menjelaskan, bagi dirinya, tempoh peperiksaan bukan semata-mata berkaitan ulang kaji dan pembelajaran, sebaliknya pemakanan sihat serta mencukupi nutrisi juga penting bagi membantu tenaga, fokus dan kecergasan mental anak.

“Terutama apabila anak sedang berdepan cabaran menghadapi peperiksaan, ini salah satu cara saya memberikan sokongan dari rumah,” ujarnya.

Image from: ‘Duit Saya, Rezeki Saya’ - Rita Rudaini Usaha Sendiri Sediakan Menu Berkhasiat Buat Anak Hadapi Percubaan SPM
Gambar: Threads @ritrud727

Dalam hantaran susulan, Rita turut menjelaskan bahawa segala usaha dan perbelanjaan bagi menyediakan makanan tersebut adalah menggunakan wangnya sendiri.

“Semua ini atas usaha dan duit saya sendiri, bukan duit persatuan.

“Duit saya, rezeki saya. Kalau teringin, pesan dan bayar sahaja. Perkara mudah, jangan kita yang jadikan susah.

“Saya cuma seorang ibu yang melakukan yang terbaik untuk anak,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji usaha Rita yang disifatkan sebagai contoh sokongan positif seorang ibu terhadap anak ketika menghadapi tempoh penting dalam pendidikan.

Baca juga:

Pemilik akaun @sejarahsyamim berkata, usaha Rita jelas menunjukkan kesungguhannya dalam menyediakan yang terbaik buat anak.

“Saya doakan semoga segala usaha ini membuahkan hasil dan anak puan berjaya dalam percubaan dan SPM nanti,” katanya.

Seorang lagi pengguna, @norja_371, turut menzahirkan rasa kagum terhadap usaha Rita dan mendoakan kejayaan buat anaknya.

Rita dalam hantaran lain berkata, dia sanggup menyusun jadual kerja bagi memberikan tumpuan kepada anak sepanjang tempoh peperiksaan.

“Sama, waktu trial pun saya tidak ambil kerja. Masa SPM nanti pun saya dah sekat tarikh peperiksaan dan tidak ambil mana-mana kerja.

“Saya akan fokus baca Yasin untuk anak-anak. Saya dah pesan supaya tidak diganggu ketika tempoh peperiksaan,” jelasnya.

Sementara itu, pengguna Threads @fatyn_zamry berkata, sokongan seorang ibu bukan hanya melalui doa, malah usaha memahami faktor yang boleh membantu anak kekal cergas dari segi fizikal dan mental juga wajar dihargai.

Menurutnya, Rita menunjukkan contoh seorang ibu yang sentiasa berusaha mencari jalan terbaik untuk menyokong anak menghadapi cabaran.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved