Econpile raih kontrak RM73 juta kerja cerucuk dan substruktur bangunan baharu Hospital Tung Shin

LocalBusiness & Finance
2 Nov 2026 • 5:22 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Econpile raih kontrak RM73 juta kerja cerucuk dan substruktur bangunan baharu Hospital Tung Shin Image from: Econpile raih kontrak RM73 juta kerja cerucuk dan substruktur bangunan baharu Hospital Tung Shin hamden02/11/2026 - 17:22 Hospital Tung Shin di Jalan Pudu, Kuala Lumpur. Oleh HAMDEN RAMLI editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 2 Nov - Econpile Holdings Bhd menerusi anak syarikat milik penuhnya, Econpile (M) Sdn Bhd, memperoleh kontrak bernilai RM73 juta bagi melaksanakan kerja-kerja cerucuk dan substruktur untuk projek pembinaan bangunan baharu Hospital Tung Shin di Jalan Pudu, Kuala Lumpur.

 

Econpile dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata, anak syarikatnya menerima Surat Anugerah bertarikh 29 Oktober 2026 daripada SA Architects Sdn Bhd, bagi pihak Hospital Tung Shin, pada 30 Oktober 2026.

 

Skop kontrak itu merangkumi kerja-kerja struktur penahan tanah, cerucuk dan kepala cerucuk, serta pembinaan papak aras bawah tanah paling rendah.

 

Kerja berkenaan adalah sebahagian daripada cadangan pembangunan yang melibatkan perobohan struktur sedia ada dan pembinaan bangunan hospital baharu di atas Lot 220, 221 dan 327, No. 102, Jalan Pudu, Mukim Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

 

Bangunan baharu itu akan merangkumi dua aras bawah tanah, tiga aras bawah tanah rendah bagi kemudahan hospital, lima aras tempat letak kereta, enam aras kemudahan hospital di bahagian atas, dua aras pejabat serta satu aras ruang mekanikal di atas bumbung.

 

Econpile berkata, projek itu dijadualkan disiapkan dalam tempoh 21 bulan bermula 1 November 2026.

 

Kontrak berkenaan dijangka menyumbang secara positif kepada hasil dan pendapatan kumpulan bermula tahun kewangan berakhir 30 Jun 2027 (FY2027) dan seterusnya.

 

Dari segi risiko, syarikat berkata tiada risiko ketara yang boleh dijangka selain risiko operasi sepanjang tempoh kontrak.

 

Pihak pengurusan akan melaksanakan langkah kawalan dan prosedur operasi bagi mengurangkan kesan atau kemungkinan berlakunya risiko berkenaan.

 

Syarikat turut mengesahkan tiada pengarah, pemegang saham utama atau individu yang mempunyai hubungan dengan mereka mempunyai kepentingan secara langsung atau tidak langsung dalam projek itu. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved