Bintai Kinden raih kontrak TNB RM20.28 juta di Bentong, Pahang

LocalBusiness & Finance
27 Oct 2026 • 5:55 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Bintai Kinden raih kontrak TNB RM20.28 juta di Bentong, Pahang Image from: Bintai Kinden raih kontrak TNB RM20.28 juta di Bentong, Pahang hamden27/10/2026 - 17:55 Oleh HAMDEN RAMLI editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 27 Okt - Bintai Kinden Corporation Bhd (BKCB) memperoleh kontrak bernilai RM20.28 juta daripada Tenaga Nasional Bhd (TNB) bagi projek peluasan pencawang elektrik di Pahang, sekali gus meningkatkan buku pesanannya kepada RM183.8 juta.

 

Syarikat kejuruteraan mekanikal dan elektrikal (M&E) itu berkata kontrak berkenaan membabitkan kerja peluasan dua transformer berkapasiti 45MVA, 132/33kV di Pencawang Masuk Utama (PMU) Avetani, Pahang.

 

Projek itu dijangka siap dalam tempoh 540 hari dari tarikh permulaan kerja.

 

Bintai Kinden berkata kontrak terbaharu itu mengukuhkan lagi buku tempahannya serta kedudukan kumpulan dalam sektor infrastruktur tenaga dan kejuruteraan M&E di Malaysia.

 

Menurut kumpulan itu, kejayaan memperoleh kontrak daripada TNB turut mencerminkan usaha berterusannya untuk membina semula kehadiran dalam pasaran berkenaan dan memulihkan momentum perniagaan secara berperingkat.

 

Dengan kontrak terbaharu itu, buku pesanan belum dilaksanakan BKCB berjumlah RM183.8 juta, sekali gus memberikan keterlihatan pendapatan bagi tempoh terdekat.

 

Tender aktif RM1.77 bilion

Kumpulan itu turut mempunyai saluran tender aktif bernilai RM1.77 bilion yang sedang dalam penilaian, merangkumi peluang projek dalam sektor kejuruteraan M&E dan pembinaan.

 

Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif BKCB, Datuk Tay Chor Han, berkata kejayaan memperoleh kontrak RM20.28 juta daripada TNB itu merupakan perkembangan positif bagi kumpulan dan mengukuhkan tekadnya untuk membina semula momentum perniagaan.

 

Beliau berkata pemulihan kumpulan itu berlangsung secara berperingkat, dengan setiap kontrak yang diperoleh menjadi peluang untuk membuktikan keupayaan, memperkukuh rekod prestasi dan meningkatkan keyakinan terhadap keupayaan kumpulan melaksanakan projek.

 

Dengan saluran tender yang besar masih dalam penilaian, Bintai Kinden sedang berusaha menterjemahkan peluang berkenaan kepada kontrak baharu bagi mengukuhkan lagi buku tempahan dan keterlihatan pendapatannya.

 

Tay berkata kumpulan itu akan terus memberi tumpuan kepada pelaksanaan projek mengikut standard kualiti, keselamatan dan kecekapan yang ditetapkan, selain meneruskan usaha mendapatkan peluang bersesuaian dalam pasaran.

 

Beliau berkata pelaksanaan yang konsisten, disiplin operasi dan komitmen jangka panjang terhadap perniagaan teras kejuruteraan M&E akan menjadi faktor penting dalam usaha pemulihan dan pertumbuhan berterusan kumpulan. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved