Eita Resources raih kontrak RM221 juta bagi projek pencawang elektrik di Sarawak

LocalBusiness & Finance
27 Aug 2026 • 9:00 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Eita Resources raih kontrak RM221 juta bagi projek pencawang elektrik di Sarawak Image from: Eita Resources raih kontrak RM221 juta bagi projek pencawang elektrik di Sarawak liza27/08/2026 - 09:00 Oleh KAMALIZA KAMARUDDIN liza@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 27 Ogos – Eita Resources Berhad menerusi anak syarikat milik 60% kepentingannya, TransSystem Continental Sdn Bhd, memperoleh kontrak bernilai RM221 juta daripada Syarikat Sesco Berhad bagi projek peluasan dua pencawang elektrik di Sarawak.

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat itu berkata, kontrak berkenaan melibatkan projek pencawang Mapai berkapasiti 500 kilovolt (kV) serta peluasan pencawang Mapai berkapasiti 275kV.

 

“Kerja-kerja bagi projek tersebut dijangka disiapkan dalam tempoh 25 bulan dan dijangka memberi sumbangan positif kepada hasil serta keuntungan Eita Resources bagi dua tahun kewangan akan datang.

 

 

 

 

 

 

“Perolehan kontrak itu turut mengukuhkan kedudukan TransSystem Continental dalam bidang pembinaan dan penyediaan infrastruktur pencawang elektrik, khususnya bagi projek berkaitan sistem bekalan tenaga di Sarawak,” katanya dalam makluman tersebut.

 

Kontrak Sokong Pendapatan Kumpulan

Eita Resources memiliki 60% kepentingan dalam TransSystem Continental, manakala baki 40% kepentingan dalam syarikat itu dimiliki oleh Leong Kee Chan dan Said Anuar Said Ahmad dengan masing-masing memegang 20%.

 

Ini bermakna projek bernilai RM221 juta tersebut akan dilaksanakan oleh TransSystem Continental dengan Eita Resources memperoleh manfaat daripada sumbangan perniagaan anak syarikat berkenaan berdasarkan kepentingan pemilikannya.

 

Kontrak itu juga dijangka menjadi penyumbang kepada prestasi kewangan kumpulan sepanjang tempoh pelaksanaan projek, terutama dalam tempoh dua tahun kewangan akan datang.

 

Pada penutupan dagangan 26 Ogos, saham Eita Resources tidak berubah pada 64 sen sesaham, sekali gus memberikan syarikat nilai pasaran sebanyak RM193.16 juta.

 

 

 

 

 

Segmen Pembuatan dan Pemasaran

Segmen pembuatan serta pemasaran menjadi pemacu utama yang meningkatkan pendapatan EITA kepada RM105.35 juta bagi suku ketiga berakhir 30 Jun 2026.

 

Pencapaian tersebut mencatatkan kenaikan hasil sebanyak 1.9% berbanding tempoh yang sama pada tahun sebelumnya susulan sumbangan aktif daripada aktiviti unit perniagaan yang lebih rancak.

 

Kumpulan itu turut merekodkan lonjakan kira-kira 787.5% keuntungan sebelum cukai (PBT) kepada sebanyak RM8.55 juta bagi tempoh tiga bulan tersebut. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved