Eita Resources sasar buku tempahan RM1 bilion akhir 2026 berikutan pemulihan segmen voltan tinggi - Malacca Securities

LocalBusiness & Finance
8 Sep 2026 • 11:20 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Eita Resources sasar buku tempahan RM1 bilion akhir 2026 berikutan pemulihan segmen voltan tinggi - Malacca Securities Image from: Eita Resources sasar buku tempahan RM1 bilion akhir 2026 berikutan pemulihan segmen voltan tinggi - Malacca Securities amree08/09/2026 - 11:20 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 8 Sept —  Eita Resources Berhad menyasarkan jumlah buku tempahan terkumpul mencecah RM1 bilion menjelang akhir 2026, didorong kemenangan kontrak yang pantas merentasi semua segmen perniagaan, selain pemulihan berperingkat segmen voltan tinggi (HV), menurut Malacca Securities.

 

Firma penyelidikan itu berkata sasaran berkenaan menunjukkan peningkatan ketara berbanding buku tempahan kumpulan tersebut sebanyak RM423.9 juta pada 30 Jun 2026, sekali gus memberikan keterlihatan pendapatan untuk tempoh beberapa tahun akan datang.

 

Pada masa sama, ia melihat permintaan kukuh terhadap 'busduct', khususnya bagi projek pusat data (DC) di Johor, sebagai pemacu utama pertumbuhan, manakala pengurangan kerugian daripada segmen HV dijangka membantu meningkatkan penukaran keuntungan di peringkat kumpulan.

 

"Perkembangan ini sudah mula dapat dilihat pada 3QFY26 apabila Eita Resources mencatat pemulihan keuntungan teras selepas cukai dan kepentingan minoriti (PATMI) kepada RM7.2 juta, berbanding kerugian RM0.4 juta pada suku sama tahun sebelumnya," jelas Malacca Securities.

 

Pemulihan tersebut dipacu perubahan keuntungan sebelum cukai (PBT) segmen pembuatan sebanyak RM5.4 juta kepada RM2.4 juta, peningkatan PBT dalam segmen pemasaran dan pengedaran serta perkhidmatan, selain kerugian yang lebih kecil daripada segmen sistem HV.

 

Bagi tempoh sembilan bulan FY26 (9MFY26), PATMI teras bagaimanapun susut 7.6% tahun ke tahun (YoY) kepada RM11.5 juta daripada RM12.4 juta, dan firma itu menjangkakan prestasi kumpulan bertambah kukuh menjelang 4QFY26 berikutan penghantaran 'busduct' yang dipercepatkan.

 

EITA_DagangNews2026

 

Ujar Malacca Securities, segmen pembuatan mencatat peningkatan hasil 66.9% suku ke suku (QoQ) pada 3QFY26, terutama menerusi penghantaran 'busduct' untuk projek DC dengan pengurusan Eita Resources menjangka prestasi 4QFY26 lebih baik susulan sumbangan serentak projek di Indonesia dan Johor.

 

"Dalam segmen HV, kumpulan sedang melaksanakan projek pencawang 500kV Mapai SESCO bernilai RM221 juta menerusi TransSystem Continental, syarikat yang dimilikinya sebanyak 60%, dengan projek itu bermula 7 September 2026 dan mempunyai tempoh pelaksanaan selama 25 bulan," katanya.

 

Projek berkenaan membawa anggaran margin keuntungan kasar 13%, bersamaan sumbangan keuntungan kasar sekitar RM17.2 juta, dan ia juga merupakan projek pencawang 500kV pertama kumpulan itu di Sarawak, dengan pihak pengurusan menjangka peluang menyertai lebih banyak tender sepanjang 2027.

 

Bagaimanapun, Malacca Securities berkata segmen HV masih dijangka mencatat kerugian pada FY27**, walaupun kerugian itu dijangka mengecil dengan ketara sebelum segmen tersebut mencapai titik pulang modal operasi pada FY28 apabila pelaksanaan projek semakin rancak.

 

Susulan prospek 'busduct' yang lebih kukuh dan pengurangan kerugian HV, firma itu menaikkan unjuran PATMI teras FY26 hingga FY28 masing-masing sebanyak 24.2%, 14.5% dan 16.5% kepada RM19 juta, RM22.9 juta dan RM25.4 juta.

 

"Kami turutt menaik taraf saham kumpulan ini kepada saranan 'beli' daripada 'pegang' dengan harga sasaran (TP) dinaikkan kepada 83 sen berbanding 69 sen, berdasarkan 11 kali nisbah Harga kepada pendapatan (P/E) FY27," jelas firma berkenaan. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved